Apa dah jadi dengan Siti Nordiana di AJL36?

18,986 views

Malam tadi, di pentas Anugerah Juara Lagu edisi yang ke 36, antara lagu yang dijangka memberi saingan sengit untuk bergelar jauara ialah lagu Angkara dari Siti Nordiana.

Namun bagai ada yang tak kena, persembahan nyanyian dari Siti Nordiana dilihat kurang bermaya dan ini mengundang persoalan dari orang ramai termasuklah peminat setianya.

Ramai yang tanya, apa dah jadi dengan Nana pada malam itu. Selalunya, vocal dari Siti Nordiana memang padu dan berlemak jika diamati.

Namun malam tadi, ianya agak kurang sedikit berbanding kebiasaannya. Oleh itu ramai yang mula nak tahu apa dah jadi, adakah ada sesuatu yang mengganggu dirinya seperti kurang sihat?

Melalui laporan Harian Metro, antara rakan artis yang bertanya ialah penyanyiAzmeer Arif yang mengatakan: “Mengapa Siti Nordiana bagaikan tak bertenaga malam ii. Tak macam biasa dia menyanyi. akak ni tak sihat kah.”

Kalau dijenguk di laman media sosial, memang ramai yang bertanya juga tentang hal ini.

“Memang agak jelas kedengaran suara orang yang tengah tak sihat sedang menyanyi.”

Dari komen seorang peminat bernama Nurfar, Nana ada buat sesi live sekejap saja dan memberitahu bahawa dirinya tak berapa sihat.

“Ada live kejap selepas dia perform, Nana terus saja minta maaf kepada semua peminat, sebab dapat rasa tidak buat yang terbaik. Nana kata dia tak berapa nak sihat.”

Ini pula komen dari netizen lain, antara dari Piji Sharkhead: “First time nampak Nana menyanyi macam ni. Apa pun Nana ni legend dan tak over.”

Anggun Dahlia pula menulis: “Dia tak hit note seperti biasa. Semua dah tengok persembahan dia sebelum ni, apapun tahniah masuk final.”

Ashraaf Malik pula berpendapat: “Kita doa supaya Siti Nordiana akan kembali lagi masa akan datang.”

Itu antara komen dari netizen yang percaya memang Siti Nordiana tak dapat buat yang paling baik kerana kurang sihat. Apapun dah masuk final AJL tu dah kiranya merupakan satu pencapaian yang baik juga.