Sedar diri, itulah antara ayat yang terkeluar dari mulut peserta Dina Nadzri setelah diumumkan tidak berjaya ke pentas final Gegar Vaganza musim ke sembilan semalam.
Dina Nadzir dan Fuad Rahman merupakan dua peserta yang diumumkan tidak berjaya ke final.
Pentas final Gegar Vaganza akan menyaksikan enam peserta iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah, Bob, Tomok, Hazrul dan juga kumpulan VE.
Ketika disahkan tidak berjaya, rakannya Jaclyb Victor dan juga Shila Amzah dilihat tidak dapat melayan rasa sebak.
Jelas kelihatan Shila Amzah terus saja mengalirkan air matanya mengenang Dina Nadzir tak dapat beraksi di final, tak dapat menahan rasa sebak.
Bercakap tentang kegagalannya, Dina Nadzir akui dia sedar dirinya tak setanding dengan peserta lain.
“Saya dah boleh sukat kebolehan saya, saya tenang saja sejak minggu ke enam dan ketujuh, saya jangkakan dah tersingkir.”
“Dah dapat jangka saya tak akan ke final, ini kerana saya ni seorang yang amat sedar diri, serta realistik. Namun saya tak ralat setelah tak masuk ke pentas akhir.”
Memang banyak halangan serta dugaan buat Dina Nadzir sepanjang menyertai Gegar Vaganza musim ini.
Bermula cemerlang di minggu pertama, Dina kemudian disahkan positif Covid yang memberi kesan kepada tekaknya. Sejak ini, suara Dina mula terkesan.
“Memang patut saya dah kena cuti selama sebulan kerana keadaan tekak saya yang amat teruk. Jika tak jaga boleh alami kecederaan yang kekal.”
“Saya teruskan juga jangan kata saya tak fight, tapi saya dapat rasa suara saya berubah sejak minggu ketiga, dan saya teruskan juga sampai sekarang.”
Sementara itu, mental Dina Nadzir juga telah diuji kerana ayah tersayang telah pergi buat selamanya.
Apapun semoga Dina Nadzir akan kembali bangkit dan terus sukses dalam dunia seni.