Kisah disebalik Amir Jahari cipta lagu Hasrat yang penuh emosi

1,766 views

Amir Jahari telah pun dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara lagu yang berlangsung semalam, Ahad 3 Mac 2024. 

Lagu Hasrat, yang dicipta sepenuhnya oleh Amir Jahari telah mengatasi dua lagu lagi iaitu Sutera, Asha Retno mendapat tempat kedua, dan lagu Jangan Mati Rasa Itu, nyanyian Aina Abdul yang mendapat tempat ketiga. 

Keputusan penuh AJL38 boleh baca di SINI.

Persembahan Amir Jahari pada malam itu boleh dikatakan lebih simple berbanding peserta lain. 

Amir hanya berdiri sambil memetik gitarnya dan mengalunkan suara yang penuh merdu. 

Cuma yang istimewanya ialah dengan ada kehadiran dua pelakon terkenal iaitu Diana Danielle dan juga Beto Kusyairy sebagai cameo. 

Apa yang pasti, persembahan Amir Jahari ini ternyata memikat ramai orang termasuklah para selebriti lain. 

Antaranya ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Michael Ang dan juga Neelofa. 

KISAH DISEBALIK LAGU INI 

Untuk yang tak tahu, lagu Hasrat ini dicipta sebagai runut bunyi atau OSt kepada filem Imaginur lakonan Diana Danielle dan juga Beto. 

Lagu ini dicipta oleh Amir yang meluahkan rasa hatinya sendiri demi menghasilkan perasaan sedih dalam lagu.

Jelas Amir lagu ini dibuat dan diilhamkan dari pengalamannya sendirinya yang sedih kerana tak dapat pulang ke kampung untuk melawat ayahnya yang sedang sakit semasa pandemik dan juga PKP. 

Ini cerita penuh dari Amir bagaimana dia mampu mencipta lagu ini. 

“Ramai yang cakap terrasa sedih apabila dengar lagu ni. Sebenarnya saya hasilkan lagu ni semasa dapat tahu bahawa bapa sakit kanser, barah paru-paru dan di waktu tu, saya tidak boleh pulang ke kampung (pandemik).”

“Ilham asal lagu Hasrat hanya dari sinopsis dan ketika itu kami tidak tahu filem Imaginur ni cerita dia macam mana.”  

“Tapi dari sinopsis tu saya cuba buat dan bayangkan bagaimana lagu itu.” 

“Alhamdulilah lagu itu siap dalam masa yang agak singkat iaitu sebelum filem Imaginur belum siap lagi.” 

“Lagu ni dah siap sebelum filem siap.” 

“Selepas filem dah siap dan ditayangkan baru ramai yang faham, setelah tiga tahun.” 

Amir akui, ramai yang tersentuh hati mendengar lagu ini. 

Itulah kisahnya bagaimana Amir Jahari menghasilkan lagu Hasrat, yang penuh emosi ini, tahniah Amir juara AJL38.