“Dia sebelum ni tengah dekatkan diri dengan agama, tapi dia kini diuji” ~Nabil

8,023 views

Pelawak, pelakon dan pengacara terkenal Nabil Ahmad berpendapat bahawa apa yang sedang dilalui oleh Zul Ariffin ketika ini merupakan satu ujian buat diri pelakon berkenaan.

Walaupun akui hal yang tak betul ianya tetaplah tak betul, namun begitu, segala komen yang kurang baik dan tak enak didengari yang seri dilemparkan kepada Zul Ariffin, turut perlu dihentikan.

Komen yang diberi secara terus menerus dari orang ramai ini patutnya sudah berakhir. Apa yang lebih baik ialah jika seserang itu mendoakan buat Zul Ariffin.

“Bagi saya ini merupakan satu ujian kepada Zul. Allah akan sentiasa menguji orang-orang yang beriman. Sebelum saya nampak Zul memang dah ada nak kearah itu, dah dekatkan diri, nak belajar agama, jadi dia pun kenalah uji. Kita kena melihat dari aspek sedemikian.”

“Hakikatnya memang salah. Tapi kita ni kena lebih banyakkan berdoa dari terus cakap yang tak baik tentang isu ini. Kenalah buang sifat iblis yang ada dalam diri kita ini.”

“Janganlah terlalu asyik mahu mencari kesalahan orang lain saja.”

Bagi Nabil Ahmad, in juga sebagai peringatan buat dirinya bahawa dunia akhir zaman memang dah hampir.

“Bila ada orang lakukan kesalahan terus hentam sampai tiada hari esok.”

“Orang punya marah saya jadi takut. Saya memang dah jadi lebih cuak dan gementar apabila orang mula mengata, naik angin dengan keadaan yang telah berlaku sebab saya fikirkan bahawa akhir zaman memang semakin menghampiri kita ini.”

“Jadi lebih baik kita siapkan diri sendiri dengan amal dan kebaikan daripada terus bercakap yang tak baik tentang orang lain.”

“Jadi lebih baik doakan saja pada dia, nanti doa tu pun patah balik kat kita semula.”

Tentang perkembangan terkini dirinya, Nabil Ahmad kini berkerjasama dengan rakan pelakon Saharrul Ridzwan untuk membuka restaurant makanan Human Gang.