Sharnaaz bercuti bersama Amelia, Noor Nabila, Jayden di Jepun, Zizan komen minta ilmu

85,652 views

Baru-baru ini pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad, 38 tahun, telah bercuti bersama kekasih hatinya iaitu Amelia Cristie, 23 tahun. 

Apa yang menjadi bualan ialah percutian itu turut disertai oleh bekas isterinya iaitu Noor Nabila, 39 tahun, bersama anak bujang mereka Jebat Jayden. 

Mereka ketika ini sedang bercuti di negara matahari terbit iaitu Jepun. 

Sharnaaz dilihat telah memuatnaik beberapa video moment dirinya berama anak dan juga kekasih hati bersama bekas isterinya itu sepanjang berada di sana. 

Video pertama menunjukkan mereka berempat berjalan di sebuah kawasan yang cantik di waktu malam yang memperlihatkan keindahan pokok dihiasai lampu hiasan. 

Sharnaaz menulis: “Daun-daun luruh di Tokyo.” 

Kemudian satu lagi video menunjukkan Sharnaaz sedang merakam moment Amelia dan juga Noor Nabila sedang memasak juadah. 

Settle, tukang memasak ada dua orang, tukang karut pun ada dua orang, dah settle.” Tulis Sharnaaz. 

Selain itu, Amelia turut muatnaik merangkul mesra tangan Noor Nabila di laman Ig miliknya. 

Amelia turut muatnaik satu foto bersama Jebat Jayden dan meluahkan rasa sayang terhadap anak kecil itu. 

“Tiada kata-kata yang cukup untuk nyatakan perasaan sayang saya kepada Jayden.” 

Hubungan baik Noor Nabila dan juga Amelia ini ternyata membuatkan ramai yang memberi respon positif terhadap mereka. 

Antara yang memberi komen termasuklah rakan artis seperti Zizan Razak, Fizo Omar, Achey, Fizz Fairuz dan juga Nad Zainal. 

Respect betullah dengan korang ni.” Tulis Fizo Omar. 

Semoga yang baik-baik untuk kalian.” Tulis Nad Zainal pula. 

Paling mencuri perhatian ialah komen dari Zizan Razak yang meminta ilmu dari Sharnaaz. 

Dm ilmu.” Tulis Zizan ringkas. 

Selain itu, memang ramai yang menulis rasa gembira melihat hubungan yang baik antara Sharnaaz dan Amelia bersama bekas isteri, Noor Nabila. 

Ini antara foto mereka sepanjang percutian di Japan. 

Semoga hubungan antara Sharnaaz Ahmad, Amelia Cristie dan juga Noo Nabila akan terus baik seperti ini, dan dah tentu yang paling happy ialah Jebat Jayden.