Foto: Inilah wajah penuh baby Ayash Affan, handsome nya

6,404 views

Akhirnya setelah ramai yang ternanti, Shuib Sepahtu telah pun tayang wajah anak bongsunya iaitu baby Ayash Affan.

Ini merupakan kali pertama wajah baby Ayash Affan diperlihatkan kepada umum sejak dilahirkan dua bulan lepas.

Pada hari Jumaat yang indah ini, Shuib telah muatnaik satu video yang menunjukkan Ayash Affan sedang tidur di baby cot nya.

Ini caption yang telah ditulis oleh Shuib Sepahtu: “Assalammualaikum, nama saya ialah Ayash Affan Bin Shahmira. Terima Kasih sebab sentiasa mendoakan kesejahteraan saya.

Video berkenaan berdurasi selama dua minit lapan saat itu, menunjukkan baby Ayash Affan sedang terlena di baby cot warna biru sambil memakai baju berwarna putih.

Ada juga saat di mana baby Ayash terjaga dari tidur dan sedang mengeliat.

Ramai yang menulis dan memuji kecomelan baby Ayash Affan dan tak kurang juga yang menulis mendoakan agar baby Ayash Affan akan membesar dengan baik dan sihat.

Ada juga rakan artis yang menuliskan komen dan mendoakan agar Ayash dan Shuib akan diberi kekuatan melalui kehidupan tanpa seorang insan bergelar ibu.

“Amat sempurna, Ayash Affam memang baby yang comel dan kacak. Semoga apabila besar nanti menjadi anak soleh ye.”

“Entahlah air mata tak dapat nak stop bila tengok video ni.  Semoga akan jadi anak soleh sayang.”

“Ini antara kasih sayang serta pengorbanan seorang ibu, janganlah dilupakan ibumu ye nak. Sedihnya tiap kali teringat arwah Siti Sarah. Al-Fatihah buat dirinya.”

Untuk info, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi hari Isnin bersamaan tarikh 9 Ogos 2021, namun sebelum itu sempat jalani pembedahan caesarean section, untuk melahirkan baby Ayash Affan pada 6 Ogos.

Shuib dan arwah Siti Sarah berkahwin pada 26 Februari 2011 dan mempunyai tiga orang anak lagi selain Ayash Affan iaitu Uwais, Talita dan juga Ariq Matin.