Ini respon abang kepada Hidayah

18,621 views

Kemelut yang melanda antara adik kepada arwah Abam iaitu Ali Puteh serta Hidayah iaitu kakak iparnya masih lagi menjadi bualan para netizen di Malaysia.

Terkini abang kepada Hidayah yang mahu dikenali sebagai Sir Azmir telah memberi kenyataan bahawa keluarga mereka mahu mengunci mulut berkenaan isu ini.

Ini adalah kerana mahu menghormati Hidayah yang masih dalam edah yang baru sahaja kematian suami tercinta. Abang Hidayah juga meminta netizen agar mendoakan adiknya serta anak saudaranya Syed Hamzah.

Ini kenyataan yang diberikan oleh abang Hidayah melalui portal mStar: “Minta maaf yer, saya sebagai wakil keluarga dan juga pihak Hidayah tak dapat nak bagi sebarang penjelasan tentang hal ini buat masa sekarang, ini bagi menghormati Hidayah yang sedang jalani tempoh edah. Minta kita sama-sama doakan dia dan anaknya, Syed Hamzah baik-baik sahaja. Mohon sekali lagi darip pihak saya, Hidayah dan juga keluarga,”

Ali Puteh telah pun membuat sidang media berkenaan apa yang telah dikatakan kepada Hidayah di laman Instagramnya pada hari semalam.

Dia juga telah menepis dakwaa bahawa keluarganya mahu mengambil semua harta milik arwah Abam.

Dalam masa yang sama, Ali juga berkata bahawa dia telah menjemput Sir Azmir iaitu abang Nor Hidayah serta kakak iparnya bagi sama-sama menyertai sidang media yang berlangsung semalam.

Komen Ali berkenaan jemputan ke sidang media: “Saya dah hantar jemputan kepada abang Hidayah agar mereka sekeluarga pun sama turut hadir ke sidang media bagi menjelaskan semua benda. Namun begitu, pihak mereka (keluarag Hidayah) tak dapat nak hadir sebab masih perlu ada perbincangan di antara mereka sekeluarga,”

Isu ini terjadi apabila dikatakan ia telah dirakam oleh pihak Alif Syukri dimana jutawaan tersebut telah menemubual balu serta keluarganya serta bertanyakan tentang harta peninggalan arwah Abam.

Semoga perkara di antara keluarga mereka ini dapat di selesaikan secara baik dan semuanya akan kembali jernih semula.