Kenal di masjid dua bulan lepas, Tasha Shila bertunang

4,467 views

Setelah lebih kurang dua bulan kenali hati budi masing-masing, pelakon cantik Tasha Shilla buat keputusan untuk bertunang dengan pasangannya bernama Muhammad Atiq Idris pada hari ini.

Pelakon berumur 33 tahun ini menyatakan persetujuan untuk temira lamaran dari Atiq setelah terbuka hatinya menyatakan lelaki berkenaan merupakan cinta hati yang dicari setelah sekian lama.

Majlis pertunangan antara Tasha dan Atiq dibuat secara tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarga dan teman serta pihak media yang diadakan di Aireka Space, Damansara.

Sebagai tanda pertunangan, ibu kepada Atiq telah sarung cincin pada jari Tasha Shila.

Tunang kepada Tasha turut hadir ke majlis berkenaan dan mengenakan pakai sedondon dengan Tasha. Dikatakan Atiq berkerja di bidang kewangan di negara jiran, Singapura.

Tasha akui tak sangka hubungan mereka serius dalam masa yang singkat. Ini komennya: “Hubungan kami telah rapat mula pada bulan Disember tahun lepas dan mmg tidak disangka-sangka secepat ini kami telah masuk ke fasa baru, dengan bertunang.

“Saya amat syukur apabila bertemu dengan Atiq dan ini memang dah jodoh, dan saya rasa cukup tenang, inilah memang cinta sejati saya.

“Atiq pun mmg nak cepat halalkan hubungan kami, InsyaAllah majlis pernikahan akan dibuat dalam masa terdekat ini”

Atiq yang juga berumur 33 tahun, berkata tertawan dengan Tasha Shila disebabkan terpesona dengan sikap penyayang pelakon berkenaan.

Jelas Atiq, mereka mula bertemu di astu program amal dan ketiak itu bermula putik cinta mereka. Sejak itu, dia ingin terus mengenali hati budi Tasha Shila dengan lebih rapat.

“Saya mula kenali Tasha Shila semasa join satu program amal di sebuah masjid di KL. Walaupun pada luarannya Tasha Shila nampak macam garang tetapi sebenarnya dia seorang yang baik dan lemah lembut. Tasha juga pentingkan keluarga, suka budak dan paling penting sentaisa jaga sembahyang” u

Buat masa ini tarikh pernikahan mereka masih dalam perancangan dan kata Atiq, jika semua berjalan lancer, akad nikah akan dilangusng pada masa terdekat. Tahniah buat Tasha Shila dan Atiq.