“Ini suami, bukan anak saya” Jasmin Hamid terguris ada kata suami macam anaknya

1,701 views

Pelakon terkenal, Jasmin Hamid rasa terkilan kerana ada pihak yang menulis komen yang kurang enak terhadap dirinya dan juga suaminya nazmir Abdul Rahman.

Ada individu yang bertindak melabel dia dan suami umpama ibu dan anak. Melihat komen sedemikian, Jasmin Hamid akui ada rasa terguris hati.

Jasmin, meminta orang ramai untuk menjaga adab dan lisannya.

Ini komen Jasmin Hamid tentang isu ini.

“Minta semua menjaga adab dan juga lisan masing-masing. Ini merupakan suami saya, bukannya anak saya.”

Jelas Jasmin dia percaya jodoh adlaah salah satu aturan yang telah ditentukan dari Illahi, Yang Maha Esa.

“Rezeki dan juga jodoh saya untuk bersuamikan lelaki yang lebih muda. Semuanya merupakan perancangan dari Illahi. Sebagai hambanya yang beriman kita wajib percaya dengan jodoh, rezeki, ajal dan maut semuanya merupakan rahsia dari Nya. Adakah ada masalah penyakit ain.”

Tambah Jasmin Hamid lagi, dengan memberi komen mengatakan dirinya dan suami seperti ibu dan anak adalah salah satu contoh perbuatan lisan yang telah mengguris hati dirinya dan juga kaum wanita.

“Adakah kami saja yang akan ada gelaran seperti ini, dan kami tak berhak untuk hidup bahagia walaupun tak ada harta di dunia.”

“Mengapa hitam sangat hati tu sampai rasa sakit hati apabila tengok orang lain bahagia. Seorang yang ada iman dan mempunyai akhlak yang baik sudah tentu akan selalu mendoakan kebaikan untuk orang lain.”

Jasmin Hamid meminta agar semua sentiasa menitipkan doa yang baik-baik saja buat dirinya.

“Terima kasih kepada semua yang selalu doakan kebaikan dan kebahagiaan buat saya dan juga suami. Saya kembalikan doa tersebut buat anda semua.”

Bagi Jasmin Hamid, semua manusia berhak untuk bahagia walaupun mereka tak ada harta di dunia ini. Sabarlah ye Jasmin Hamid, yang pemting Jasmin Hamid sentaisa bahagia disamping suami dan keluarga.