Ini ucapan Adib Khalid buat anaknya, sedap nama anak

3,788 views

Anak merupakan nikmat dan hadiah paling bermakna buat pasangan yang bergelar suami isteri. Kedatangan cahaya mata apatah lagi yang sulung, merupakan detik indah buat mereka yang baru bergelar ibu dan juga bapa.

Itulah momen gembira yang sedang dilalui oleh pasangan popular Izara Aishah dan juga suaminya Adib yang merupakan anak Datuk Khalid, suami kepada Datuk Siti Nurhaliza.

Adib dan Izara telah selamat menimang cahaya mata eprtama pada 15 April yang lalu dan pada hari ini, pasangan ini telah memuatnaik gambar bayi comel itu buat tatapan semua.

Perkongsian ini dibuat oleh Adib menerusi laman media sosial miliknya. Jom baca caption dari Adib ini.

Bismillah, sekarang kami dah bertiga. Syukur alhamdulillah.Puteri kecil kami telah diberi nama Irisa Alaia Binti Muhammad Adib. Dia dilahirkan pada 15 April 2020. Ini merupakan satu momen yang sangat mengembirakan dan kenangan bermakna buat saya dan juga isteri, Izara Aishah.

Ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan juga adanya sokongan tak berbelah bagi dari semua orang. Kami amat hargai semua ucapan dan juga komen-komen yang diberikan oleh semua. Kami harap akan bertemu dengan kalian semua tak lama lagi, sehingga itu, silalah tatap gambar keluarga kecil kami ini buat semua.

Dalam pada itu Adib Khalid juga ada menulis ucapan khas buat anak sulung nya itu. Adib akui kehadiran puteri sulung itu membuat dirinya begitu gembira dan berharap anaknya itu turut akan membawa kebahagiaan kepada semua orang. Ini ucapan Adib untuk anaknya.

Selamat hadir ke dunia ini wahai Alaia, hati dan jantung saya cair di saat saya mendengar tentang kamu dan sekarang kamu dah berada bersama kami. Ibu mu dan ayah amat gembira dan sayang kamu. Semoga kamu sentiasa dirahmati dan membawa kegembiraan buat semua yang berjumpa dengan kamu. Semoga kamu akan berjaya di dunia dan juga akhirat, amin.

Semoga keluarga ini terus mendapat kebahagian dengan kehadiran anak kecil itu. Makin bertambah besarlah keluarga Datuk Khalid dan juga Siti Nurhaliza. Tahniah diucapkan.