Dynas Mokhtar tayang baby bump, hamil anak keempat.. Tahniah!

4,027 views

Pelakon dan pengacara Dynas Mokhtar kini disahkan sedang hamil ketika ini. 

Pengesahan ini dibuat oleh Dynas Mokhtar setelah menunjukkan keadaan dirinya yang sedang berbadan dua menerusi satu video semalam. 

Dalam video ringkas itu, Dynas Mokhtar jelas kelihatan sudah ada baby bump dan boleh dianggar sudah masuk ke fasa lebih dari dua trimester. 

Dynas Mokthar telah memegang perutnya di dalam video pendek itu selain throwback gambar bersama keluarganya. 

Di ruangan caption, Dynas telah menulis ini merupakan satu kejutan buat semua. 

“Yes, kejutan buat semua, surprise. Doakan untuk kami ye.” Itu tulisnya. 

Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan artis yang teruja dengan berita berkenaan. 

Antara yang menulis komen ialah Awal Ashaari, Farahdhiya, Yasmin Hani, Vanidah Imran, Afifah Nassir, Fasha Sandha, Siti Saleha, Ummi Nazeera, Sazzy Falak dan Daphne Iking. 

Kesemuanya memberi ucapan tahniah di atas berita kehamilan buat kali keempat Dynas Mokhtar itu. 

“La la, number four is coming.” Tulis rakan pelakon, Sazzy Falak 

Penyanyi Nourul Depp pula menulis: “Congratulations Dynas. Tu nampaknya macam girl. Cewah aku jadi nujum pak belalang.” 

Selain itu, semalam, Dynas Mokhtar juga hadir ke satu event bath and body work, dan telah muatnaik gambar terkini dirinya sedang berbadan dua. 

Ini gambarnya di event berkenaan. 

Pada tahun 2018, Dynas Mokhtar telah berkahwin dengan Mohamad Shazrik Din yang merupakan seorang businessman. 

Mereka kemudian telah dikurniakan seorang anak yang diberi nama Edriel pada tahun 2019. 

Sebelum ini, Dynas Mokhtar pernah berkahwin dan mempunyai dua ornag anak hasil perkahwinan terdahulu. 

Apapun, tahniah buat Dynas Mokhtar dan suami di atas anugerah ini, semoga segala urusan akan dipermudahkan.