Isteri Dato Yusof Haslam, Datin Patimah muatnaik gambar Syamsul, Puteri Sarah

20,682 views

Kisah pergolakkan mahilgai rumah tangga yang dibina oleh pelakon dan pengarah Syamsul Yusof dan isteri Puteri Sarah Liyana sedang diuji.

Semuanya kerana kehadiran orang ketiga yang bernama Ira Kazar anak kepada penyanyi dan pelakon Kazar.

Semalam masuk pula episode baru apabila ada video yang sedang viral menunjukkan Syamsul Yusof ada buat content bersama bapa Ira iaitu Kazar.

Rata-rata kurang senang melihatnya kerana dilihat seperti tidak menjaga hati Puteri Sarah yang sedang membawa kes ke mahkamah.

Dalam pada itu, mengejuk di laman Instagram milik ibu Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail, iaitu isteri kepada Datuk Yusof Haslam, beliau ada muatnaik dua posting di IG stories.

Yang pertama ialah gambar anaknya Syamsul Yusof bersama Puteri Sarah sedang mencumbui anak sulung mereka iaitu Syaikhul.

Datin Patimah muatnaik gambar mereka bertiga yang merupakan gambar lama. Di latar belakang gambar itu, merupakan nukilan hati nyanyian dari Opick berjudul Cahaya Hati.

Jelas kelihatan kata-kata dari lirik lagu berkenaan yang turut disertakan di sebalik foto berkenaan.

Mendengar bait lirik lagu berkenaan dan melihat foto Syamsul, Puteri dan anak sulung mereka itu, memang terasa sebak di hati.

Ini fotonya.

Melalui satu lagi hantaran, Datin Patimah muatnaik video sedang berzikir.

Dalam pada itu, berkenaan video di kedai emas, Syamsul Yusof tidak meahu memberi sebarang komen. Walaupun video itu dikatakan hanyalah lakonan untuk kedai emas berkenaan, namun memang banyak yang tak senang sebab adanya Kazar yang merupakan bapa kepada Ira, wanita yang disaman oleh Puteri Sarah Liyana.

Sementara itu, peguam kepada Puteri Sarah Liyana mengesahkan pihak mereka akan meneliti video berkenaan sekiranya ianya melanggar perintah mahkamah dan menggangu ketenteraman Puteri Sarah.