Peserta ini buat Johan Raja Lawak sebak sampai menitiskan air mata, ini sebabnya

3,489 views

Rancangan Ceria Popstar kini sedang berlangsung yang menampilkan peserta cilik sebagai para peserta untuk menunjukkan kebolehan mereka dalam bidang seni suara.

Antara peserta yang turut bertanding pada musim kali ini ialah peserta bernama Dilla.

Sebelum membuat persembahan, peserta cilik ini dilihat telah mengalirkan air mata kerana video throwback yang menunjukkan kesusahan dan betapa getirnya Dilla untuk jejakkan kaki ke pentas Ceria Popstar.

Dilla telah mendendangkan lagu berjudul Sampai Bila nyanyian asal Misha Omar.

Persembahan berkenaan benar-benar dijiwai oleh Dilla, yang bersungguh menyampai lagu berkenaan.

Ada satu ketika, dapat dilihat juri iaitu Johan Raja Lawak turut tersentuh dan mengalirkan air matanya.

Selepas membuat persembahan, hos iaitu Nabil Ahmad perasan Johan mengalirkan air matanya dan bertanya kepada rakannya itu untuk memberi komen.

“Begitu menjiwai, sampai abang Johan menitiskan air mata. Silakan Johan.” Itu kata Nabil.

Johan kemudian memberi komen dan menyatakan dia memang amat tersentuh apatah lagi melihat Dilla yang mahu membantu keluarganya.

“Abang tertarik dengan Dilla, sebab bukan semua anak ada hati nak menolong dan membantu family mereka.”

“Dah sampai sini kena buat yang terbaik okey.” Itu kata-kata Johan kepada Dilla, yang dapat didengari sedaya upaya menahan rasa sayunya semasa memberi komen.

Dapat dilihat ada juga penonton yang sama-sama rasa sebak dan menitiskan air mata, dan juga peserta lain turut sama rasa sayu.

Kalau nak tengok video tersebut boleh ke laman youtube dan search apa yang Dilla dah buat Johan mengalirkan air matanya.

Rancangan Ceria Popstar Xtra ini akan bersiaran setiap hari Rabu, dan menampilkan peserta cilik dari kanak-kanak sehingga remaja, dan antara nama yang paling popular ialah anak Datuk Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani.

Ceria Popstar kali ini diacarakan oleh Nabil Ahmad, serta menampilkan juri terkenal iaitu Mas Idayu dan Johan Raja Lawak.