Pengacara terkenal Awal Ashaari sentiasa memberi sokongan kepada isterinya Scha Alyahya.
Dan ini termasuklah juga tentang pemakaian tudung dan juga jika mahu berhijrah.
Baru-baru ini, setelah balik dari mengerjakan umrah, Scha Alyahya dilihat seringkali mengenakan tudung, dan ianya mendapat reaksi yang positif dari orang ramai, terutama nya dari para peminatnya.
Melabel isterinay nampak lebih cantik dan ayu dengan imej bertudung, namun, jelas Awal Ashaari, dia tiada sebarang paksaan buat isterinya itu untuk berhijrah atau jika mahu berubah ke arah lebih baik.
“Tak dapat nak nafikan apabila Scha pakai tudung kelihatan lebih manis dan ayu. Sebagai suami saya hanya mendoakan yang terbaik kepadanya.”
“Dah tentu, seorang suami mesti mahu isteri menuju ke arah kebaikan akan tetapi saya tak mahu sebarang perubahan itu dibuat dengan cara ada unsur memaksa.”
“Hal sebegini kenalah datang dari dalam dirinya sendiri dan apa paling penting kami mahu perbaiki hubungan dengan Illahi.”
Awal Ashaari akui bahawa setelah dia dan isteri pulang dari umrah, Scha ada menerima tawaran menjadi model untuk jenama tudung, dan isterinya ada menerima tawaran berkenaan.
“Sebelum ini, sebelum pergi umrah, memang ada banyak jenama yang try approach Scha untuk jadi model bertudung tetapi masa tu dia belum bersedia.”
“Akan tetapi selepas balik dari umrah dia jadi lebih terbuka dan ada menerima kerja begitu.”
“Saya memang sentiasa menyokongnya dan berada di belakang dengan apa saja keputusan yang dilakukannya.”
Awal berkata dia ada juga tanya Scha sama ada betul-betul nak berhijrah, namun sehingga kini masih belum ada jawapan yang tepat.
“Ketika ini, ianya merupakan perubahan besar untuk dia dan selalu juga saya usik sama ada dia dah mahu ke arah penghijrahan.”
“Dia tak menidakkan dan tak mengiyakan cuma nampak lebih selesa memakai tudung. Jika dia buat keputusan untuk bertudung suatu hari nanti, mengapa tidak. Benda ini keputusan yang besar dan perlu istiqamah.”
Bagi Awal dia tak mahu memaksa isterinya itu.
“Kalau cakap tentang paksa Scha, snbagai suami memang saya boleh berbuat sedemikian. Namun, jika dengan cara paksa dan perbuatan tersebut tidak datang dari hati, tak ada guna juga.”
“Penghijrahan satu komitmen yang besar kerana jika sudah melakukannya kita mahu penghirahan berkenaan terus saja kekal.”,
Itulah kenyataan dari Awal Ashaari tentang isterinya Scha Alyahya berkenaan isu bertudung kepada portal Kosmo.