Isteri kedua jurulatih bola sepak, bergaduh dengan isteri pertama di kedai makan

3,542 views

Hidup bermadu ni memang ada pasang surutnya. Cabarannya cukup tinggi, dan kalau ada isu sikit boleh jadi besar jika tak diselesaikan dengan cara yang baik. 

Ini sedikit kisah tentang seorang selebriti yang baru saja hidup bermadu setelah berkahwin dengan seorang jurulatih bola sepak terkenal. 

Dari laporan Harian Metro, dikhabarkan kedua dua isteri kepada jurulatih bola sepak itu telah berkelahi. 

Kedua dua madu itu, berkelahi di sebuah kedai makan semalam kerana berlaku salah faham. 

Kejadian dikatakan terjadi di sebuah kedai makan di Shah Alam, Selangor. 

Pihak polis turut mengesahkan kejadian. Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim, menyatakan kedua belah pihak iaitu kedua isteri jurulatih itu telah pun tampil ke balai polis.  

Ini kenyataan awal dari pihak polis tentang kejadian ini. 

“Pihak polis ada menerima report polis dari kedua-dua belah pihak isteri jurulatih bola sepak berkenaan. Mereka buat report awal pagi tadi.” 

Kes berkenaan kini dalam siasatan oleh pihak polis kerana melakukan kelakuan tidak bagus di khalayak awam. 

Sungguh pun tiada nama ditulis dengan jelas dari laporan, namun ramai mula membuat spekulasi dan memberi andaian yang tersendiri. 

Ramai meneka ianya berkaitan dengan seorang jurulatih yang baru berkahwin dengan penyanyi, yang jauh lagi muda umurnya baru-baru ini. 

Perkahwinan kedua jurulatih bola sepak terkenal ini menjadi buah mulut orang ramai sejak kebelakangan ini.  

Isteri kedua jurulatih berkenaan dikatakan seorang penyanyi yang juga adik kepada selebriti popular tanah air. 

Menerusi satu laporan, penyanyi berkenaan turut akui sudah berkahwin baru-baru ini. 

Sehingga kini tiada sebarang kenyataan dari jurulatih berkenaan mahupun dari mana-mana pihak sama ada dari isteri pertamanya mahu pun isteri kedua, kita tunggu sajalah nanti.