“Padan muka, nak tunjuk bahagia la tu” Komen Ira Kazar dipadam Syamsul Yusof?

12,417 views

Isteri kedua kepada Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar memang aktif di laman media sosial. Namun kini dia hanya seringkali update di Ig story saja. 

Akan tetapi baru-baru ini, Ira Kazar ada menulis komen di posting suaminya.  

Memang biasalah jikalau isteri menulis komen kepada suami di media sosial, namun yang jadi perbualan ialah, tak lama setelah komen itu ditulis Ira Kazar, ianya terus hilang. 

Menerusi posting terbaru dari Instagram Syamsul Yusof, pengarah ini muatnaik video sedang bekerja. 

Ira Kazar kemudian menulis komen ringkas yang berbunyi seperti ini “Holla-holla”

Komen berkenaan dilihat hilang dari posting berkenaan sekaligus memberi tunjuk jelas bahawa ianya telah dipadam. 

Hal berkenaan amat jelas kerana posting di IG Syamsul Yusof itu di limit komennya, jadi hanya orang tertentu saja boleh komen. 

Oleh yang demikian, komen Ira Kazar memang jelas kelihatan dan sempat di screenshot oleh netizen. 

Komen dari Ira Kazar itu dilabel sebagai hanya mahu cari perhatian dan nak tunjuk bahagia. 

“Nak tunjuk bahagia la tu kononnya. Akhirnya komen kena delete pula.” Tulis seorang netizen. 

“Padan muka, Syamsul dah padam komen Ira Kazar.” Kata seorang lagi pengguna. 

Ini antara komen dari netizen yang mengatakan Ira ni dahagakan perhatian. “Nak perhatian la tu, tak relax betul.” 

“Dia mula buat Sol rimas, jangan kena block pula lepas ni.” Komen netizen lain. 

Sebelum ini, Syamsul Yusof membuat satu kenyataan pada 6 Januari 2023 bahawa dia dah pun bergelar suami kepada Ira Kazar, sebagai isteri kedua.  

Dikatakan, hal ini dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertamanya Puteri Sarah dan tanpa pengetahuan family Syamsul sendiri. 

Perkahwinan antara Syamsul Yusof dan Ira Kazar itu dilakukan di negara jiran Thailand dan dihadiri bapa Ira iaitu Kazar Saisi.