Isu Adi Putra dan Johan Asaari, Syamsul Yusof sendiri pun pening

829 views

Ramai yang tertanya apa sebenarnya yang terjadi antara pihak producer iaitu Studio Kembara dengan dua pelakon filem Mat Kilau iaitu Datuk Adi Putra dan juga Johan Asaari.

Pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof telah ditanya tentang isu yang sedang berlaku itu.

Bercakap tentang isu itu Syamsul Yusof tak mahu masuk campur sangat dan boleh dikatakn pening kepala.

Datuk Adi Putra dilihat berkecil hati manakala Johan Asaari tersinggung kerana dikatakan telah digugurkan untuk ke Indonesia bagi promosikan filem berkenaan.

Malah Johan Asaari pun melabel pihak Studio Kembara sebagai tak professional.

Syamsul Yusof sendiri pun terkejut dengan apa yang terjadi.

“Bukan saja Adi Putra, sebenarnya saya sendiri pun terkejut apabila nama Johan Asaari tak di bawa ke negara Indonesia. Sebenanrya dapat dilihat hubungan antara Johan Asaari dan staff penerbit nampak amat akrab. Tak tahu lah saya apa berlaku dan terjadi.”

Jelas pengarah ini, dia akan dating ke Indonesia untuk promosi tayangan Mat Kilau di negara berkenaan.

“Saya ni tidak mahulah ada bergaduh. Kenyataan saya ialah saya ke Indonesia hanya sebab untuk abang Yayan Ruhian. Jujru saya ni amat hargai kesungguhan abang Yayan terhadap filem ini.”

“Tengok saja dah berapa kali dia datang Kuala Lumpur untuk filem Mat Kilau ni. Dia sendiri ada mesej kat saya cakap yang Indonesia dah tunggu dan menanti saya. Tolong datang.”

“Oleh itu, saya akan pergi sana esok manakala pratonton pada lusa. Barulah saya balik semula Malaysia pada hari Sabtu.”

“Bukan senang nak masuk Indonesia ini. Pihak negara berkenaan pun hairan macam mana Mat Kilau boleh meledak kat Malaysia.”

Ditanya tak kah rasa amat janggal promosi filem tanpa pelakon utama, kata Syamsul Yusof, dia hanya dapat membayangkan mungkin akan berlaku kejutan kelak.