Isu Lan Solo dan Syura: Siti Nordiana minta nasihat peguam

25,670 views

Kisah yang didedahkan oleh Lan Solo, isterinya Sheila Razlan dan penyanyi Syura Badron tentang satu isu melibatkan Siti Nordiana telah mengejutkan ramai orang.

Ramai yang tak tahu mereka rupanya ada konflik sehingga mereka telahpun unfollow Siti Nordiana di laman Instagram.

Menjawab isu ini, pengurus kepada Siti Nordiana iaitu Anas Osman tampil memberi sedikit kenyataan.

Melalui laporan portal Mstar, Anas berkata Siti Nordiana yang lebih mesra dengan nama Nana itu baru tahu tentang kejadian berkenaan.

Saya pun baru tahu berkenaan perkara ini, buat masa sekarang ni saya tak nak beri sebarang kenyataan atau komen apa-apa.

Hal ini saya sudah pun memberitahunya kepada Nana. Sebenarnya dia pun baru saja tahu dan sekarang dia sedang berbincang dengan pihak lawyer dia dulu sebelum mahu memberi sebarang kenyataan.

Dek kerana ini melibatkan namanya, Siti Nordiana dalam perbincangan dengan pihak pguamnya terlebih dulu sebelum membuat sebarang kenyataan balas tentang isu ini.

Dalam pada itu, melihat dari Instagram kelab peminat Siti Nordiana, mereka dilihat memberi sokongan penuh kepada Nana.

Ada beberapa kenyataan dikeluarkan yang menyatakan sokongan kepada penyanyi berkenaan. Ini satu caption dari kelab peminat rasminya Siti Nordiana FC.

Kami jani kami ada, inilah motto yang kami pahat. Selagi kami ni peminat ada, selagi itu kami akan pasti sentiasa bersamanya.  Pahit dan juga manis, kami sama-sama telan dan laluinya. Be strong, kami sayang awak, Siti Nordiana.

Diimbas kembali, Lan Solo dan isterinya Sheila Razlan serta Syura telah buat satu sesi live yang mana menjawab dan meluahkan rasa hati yang berlaku melibatkan Siti Nordiana. Kisah antara mereka boleh dibaca di sini, (Luahan Lan dan Syura).

Kita tunggu kenyataan dari Siti Nordiana tentang isu ini nanti. Apapun semoga hal ini dapat diselesaikan dengan baik.