Melalui satu sesi live di laman Instagram, ada satu kisah yang diceritakan berlaku kepada Lan Solo dan juga Siti Nordiana. Hal ini diluahkan oleh isteri kepada Lan Solo iaitu Sheila Razlan.
Rupanya ada sesuati yang berlaku dan membuatkan Lan serta isteri kini dah unfollow Siti Nordiana dan managernya bernama Anas di laman Instagram.
Ini luahan dari Sheila Razlan tentang isu yang berlaku.
“Lan dan saya buat keputusan untuk unfollow Nana dan manager dia bernama Anas. Cukuplah kami ni kena diburukkan. Apabila tiba di production, kami pula dituduh buat fitnah pada dia.”
“Boleh tanya semua orang, saya ni tak pernah pun cerita apa-apa kepada pihak production atau pada fans club. Tapi hari ini, secara terbuka saya cerita.”
“Saya, Syura dan kawan-kawan lain dah tak boleh dah. Ada orang mesej saya dan tanya kenapa Syura hanya hantar makanan pada saya saja dan dia dah tak hantar pada Nana.”
Bagi Sheila, dia dan Lan dah anggap Siti Nordiana tu umpama adik beradik tapi tidak menyangka, timbul kisah mengatakan Lan hanya mahu tumpang popularity Siti Nordiana. Ada juga kisah yang mana dikatakan Lan tak keluar duit bayar makan jika mereka keluar bersama.
Sheila terkesan apabila hal berkenaan diungkit walhal ianya tidak benar sama sekali. Lebih pedih, ramai dari pihak porduksi yang tanya tentang hal itu, tentang isu makanan tak bayar.
“Saya terkilan apatah lagi tentang isu makan sebab tu melibatkan darah daging. Kami ada pergi makan dekat satu restoran. Saya hanya ada RM200 saja itupun saya hulur. Saya hanya senyap dan tak cakap apapun masa tu.”
“Dikatanya Lan nak menumpang populariti Nana, kalau tak, orang tak kenal Lan. Sebenarnya dari kami tengah susah kami dah kawan dengan dia. Saya sentiasa hargai semua jasa dia. Dia ada hantar makanan waktu saya berada di hospital. Namun saya jadi terkedu bila dia cakap kami makan tak bayar dan hanya menunggu duit dia saja. Walhal kami bayar lebih lagi.”
“Saya pun terfikir part mana saya tak bayar. Kami semua dah hantar mesej kat Whatsapp kepada dia. Kalau dia rasa tak bersalah tampil dan jawab. Memang live ni aku tuju dekat korang sebab aku dah tak tahan terima pelbagai mesej.”
Lan juga ada memberi komen tentang hal ini, ternyata bekas penyanyi kumpulan Kristal ini amat terkilan kejadian ini boleh terjadi.
“Kalau korang semua nampak isu saya tak hantar makanan pada dia, sudah tentu ada benda di belakang yang terjadi. Tapi nanti korang akan cakap kita buka aib kawan pula. Saya sebenarnya dah cukup jaga dah aib dia.”
“Mereka ni diamkan saja tetapi sebenarnya mereka berperang dalam senyap. Itupun kami diam. Saya pun whatsapp dia. Saya dan Sheila kalau ada masalah, kami akan settle dengan cara yang baik dan berbincang. Tetapi tak dapat sebarang feedback dari si dia.”
Penyanyi Syura Badron juga mendedahkan rasa kecewa, kerana ada pihak produksi yang tak beri job kepadanya angakara bawaan mulut kawannya sendiri. Penyanyi ini juga akui tentang isu menumpang popularity.
“Semua job yang kami buat sama-sama dengan dia, dia akan rasa kami nak tumpang populariti dia. Walhal kami tak ada niat pun. Bagus juga benda ni terjadi, ada hikmahnya. Selepas hal ini berlaku, baru kami kenal antara satu sama lain. Sekiranya betul kami semua ni bermasalah, sila lah reply Whatsapp tu.”
“Stop lah cerita pada pihak production tentang kami. Cuba jumpa kami, kami okay saja. Saya doa benda ni selesai dengan baik. Masing-masing pun dah besar panjang. Kami tiada niat pun nak hasut pada netizen supaya tak sokong dia. Apa yang kami lalui ni hal antara kami saja.”
Sehingga kini tiada sebarang kenyataan dari pihak Siti Nordiana tentang isu yang melanda dengan Lan Solo dan juga Syura. Kita tunggu kenyataan dari Nana pula