Dek kerana bertalu-talu kena dengan netizen, isteri kepada penyanyi Sufi Rashid, Nurulain Md Yusof telah membuat pendedahan bahawa dia dan keluarganya akan buat report polis.
Report polis akan dibuat terhadap mereka yang agak melampauu dalam memberi komen tentang kes ketika weddingnya baru-baru ini.
Ini tulis isteri Sufi: “Ini adalah contoh komen yang buat ibu bapa saya utk buat laporan polis. Bukan kerana saya takut, tapi sebab saya adalah seorang manusia yang ada batasan dalam kesabaran. Saya dah padam komen bukan disebabkan saya takut kepada awak, saya dah pun screenshoot semua komen. Biar undang-undang yang akan buat kerja. Saya nak enjoy dengan honeymoon saya”
Nurulain melalui Instastory, telah menunjukkan beberapa keeping gambar yang tertera komen-komen yang kurang baik dari beebrapa individu kepada nya.
Ain telah berkongsi beberapa screenshot antara komen yang akan menjadi bukti kukuh untuk kesnya itu. Dia telah screenshot dulu sebelum padam komen kurang elok itu dan dia akan serahkan segalanya kepada pihak berkuasa.
Jelas Ain lagi, dia dan keluarga terpaksa buat berkenaan (report polis) kerana dia dah hilang tahap kesabaran dengan kata kurang enak dari para netizen.
Untuk pengetahuan, isteri Sufi jadi viral kerana satu video ketika majlis resepsi perkahwinannya. Dari video yang viral itu, ibu kandung Sufi telah naik ke pelamin dan kemudiannya, Ain dikatakan telah turun dari pelamin berkenaan.
Dari video itu, ramai yang mengatakan Ain seperti mahu mengelak dari aibu Sufi seterusnyajadi buah mulut orang ramai yang sampai ada melabelnya sebagai menantu yang kurang baik. Sufi ada memberi kenyataan mengatakan isterinya berbuat demikian bersebab dan tak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Ketika ini, Sufi dan isteri sedang berbulan madu dan semoga semunya baik-baik sahaja.