Melalui satu laporan dari portal hiburan Hangat, pelakon popular tanah air, Natasha Hudson telah mengesahkan bahawa dirinya dan Noor Nashriq Sekarnor kini bukanlah lagi pasangan suami isteri.
Dari laporan itu, mereka berdua telah pun disahkan berceraii baru-baru ini namun tidak ada diberitahu tarikh yang tepat bilahkah mereka berpisah.
Natasha Hudson dilihat telah meluahkan rasa hatinya setelah mengakhiri perkahwinan yang baru berusia setahun.
Kata Natasha Hudson, semua yang berlaku adalah ketentuan dari Allah. Namun kini, Natasha Hudson kembali semangat dan gembira serta tenang untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik setelah kembali single.
“Ya, saya dah bercerrai baru-baru ini, dah teruskan kehidupan dgn baik sekali dan amat bahagia kembali hidup sendirian tanpa kehadiran suami. Cukuplah untuk bersedih buat ms ini. Tak ada lagi hubungan antara kami buat masa ini”
Sementara itu, Natasha Hudon akui dia akan memberi tumpuan lebih terhadap perniagaan serta meluangkan masa lebih kepada anak-anak, keluarga serta sahabat terdekat.
“Buat ms ni, sy sibuk dgn mengembara ke luar negara utk uruskan perniagaan sy dan luangkan masa utk diri sendiri. Sy hanya perlukan tenaga positif dan lebih fokus utk diri sy skarang”
Walaubagaimanapun, Natasha menolak andaian bahawa punca perceraian dek kerana adanya orang ketiga dalam hubungan mereka, dan pelakon ini tak nak bercerita lanjut dan keruhkan lagi keadaan.
Menurut Natasha, apa yang berlaku telah banyak memberi pengajaran terbaik buat dirinya tentang erti cinta.
“Cuma ini satu pengajaran. Cinta bukan segala-galanya jika tiada kejujuran dan keikhlasan. Jangan sesekali mempergunakan agama.”
Kisah perkahwinan Natasha Hudson, 37 tahun, mula jadi tanda tanya dari orag ramai setelah dia memuat naik satu kenyataan yang memberi bayangan bahawa perkahwinan yang dibina bermasalah menerusi ruangan Insta Story di Instagramnya semalam.
Natasha kemudian telah delete semua gambar Noor Nashriq Sekarnor di laman sosial tersebut. Pelakon ini berkahwin dengan usahawan dari Kelantan, Noor Nashriq, pada Disember tahun lalu. Ia merupakan perkahwinan keempatnya.
Diimbas kembali, sekitar bulan Oktober 2018, Natasha telah buat pengumuman yang mengejutkan apabila akui dah cerai dengan Carleed Khaza yang dinikahi pada 2012. Hasil perkahwinan ketiganya itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Naeema Kalila dan Faatimah.
Sebelum ini, Natasha Hudson pernah berkahwin dengan jejaka bernama Mohd Faiz pada 2006 dan kemudian bernikah dengan Datuk Shahrin Zahari pada tahun 2007.