Izreen Azminda padam entry minta maaf dan foto bersama Intan Liyana Saleh

7,170 views

Kisah antara pelakon Izreen Azminda dengan bekas madunya nampaknya masih belum berakhir. Ramai yang ingat setelah mereka berdua bertemu di rancangan Melodi Raya, hubungan akan menjadi jernih, namun sebaliknya yang terjadi.

Izreen Azminda pada mulanya ada muatnaik gambar bersama Intan Liyana Saleh dan penerbit Melodi sambil menulis permohonan maaf di laman Instagram miliknya.

Namun setelah Intan Liyana muatnaik satu caption bercerita tentang “niat” dan meminta “membetulkan niat”, Izreen Azminda dilihat memadam gambarnya dengan Intan di Instagram milik Izreen.

Ini sekaligus mencetuskan spekulasi di kalangan netizen, apa yang berlaku disebalik perjumpaan mereka di Melodi Raya.

Akhirnya tuan punya badan iaitu Izreen Azminda memberi jawapannya. Pelakon berumur 36 tahun ini akui dia telah menyimpan semula atau dah achieve posting berkenaan.

Izreen menyatakan dia buat sedemikian sebab mahu hal ini tidak berpanjangan dan tak nak keruhkan lagi keadaaan. Ini komen Izreen.

Saya tak delete pun post berkenaan, ianya ada lagi, tapi saya dah achieve saja. Jangan silap anggap, tak bermakna entry berkenaan dah tak ada, saya tak jadi meminta maaf.

Apa ayat yang saya ucap memang benar-benar saya maksudkan. Jika pun post itu dah saya achieve, ia tidak menghilangkan niat saya untuk minta maaf kerana saya memang mahukan kedamaian, itu saja.

Di samping itu, saya mahu berterima kasih kepada semua orang, para netizen, yang tulis komen yang baik-baik kepada diri saya.

Ini entry yang telah Izreen archive di Instagram miliknya.

Diimbas kembali, Intan Liyana Saleh dan Ude Wahid mendirikan rumah tangga pada tahun 2013. Kemudian pada tahun 2017, Ude telah menikahi Izreen Azminda, tanpa pengetahuan media.

Pada bulan Mac 2018 pula, Ude Wahid dan Intan Liyana disahkan telah berpisah dengan talak satu. Ude dan Intan dikurniakan dua orang cahayamata.

Ketika ini Izreen Azminda sedang hamil anak kedua dengan Ude Wahid. Izreen dan Ude mempunyai seorang anak lelaki diberi nama Aaron. Izreen juga mempunyai seorang anak lelaki bernaam Adrian hasil perkahwin sebelum ini.