Samakan tandas seperti syurga, teruk Sharifah Sakinah kena

3,233 views

Pelakon popular Sharifah Sakinah nampaknya masih lagi jadi buah mulut orang ramai dengan isu yang agak panas.

Kali ini, adik kepada Sharifah Shahirah dan juga Sharifah Haslinda ini mendapat komen kurang enak ekoran penulisannya yang menyamakan tandas mewah sejuk umpama berada di syurga.

Kenyataan berkenaan di buat oleh Sharifah Sakinah di caption di sebuah video yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya.

Sharifah Sakinah telah muat naik satu video pendek di Instagram menunjukkan dirinya sedang review sebuah tandas yang memang dilihat amat eksklusif.

Di tandas itu, Sakinah mengatakan bahawa ianya lengkap dengan barangan jenama mewah seperti Louis Vuitton dan juga Gucci.

Ini caption oleh Sakinah: “Wag orang cakap di dalam tandas ni banyak betul banyak setans. Tapi ni sejuk betul, macam syurga tandas ni awak, siap ada kipas jenama LV dan juga Gucci lagi.

Dengan menyamakan tempat tidak bersih seperti tandas dengan persamaan umpama syurga, nampaknya ianya memakan diri Sakinah.

Ramai yang tak setuju mengapa perlu menyamakan tempat berkenaan seperti syurga, tempat yang menjadi impian semua umat di akhirat kelak.

Ini antara komen dari netizen yang tidak setuju dengan kenyataan Sakinah itu.

“Biar betul samakan tempat buang air ni, macam kat syurga, agak-agaklah persamaan tu.”

“Bukan orang kata, tapi Nabi kata. Sebab itu kena baca doa nak masuk tandas. Tandas janganlah nak hias cantik sangat juga, jangan duk lama-lama dalam tandas.”

“Macam tu ja ke standard’ syurga awak ni, biasa betul.”

“Sedih tengok orang macam ni, semoga cepatlah dapat hidayah.”

Itulah pendapat dari orang ramai yang sememangnya tak setuju sama sekali dengan caption dari Sharifah Sakinah setelah pelakon ini menyamakan tandas seperti syurga pula.