Ibu Mertua sedih hati, Puteri Sarah buat keputusan sambut hari raya di luar negara

6,424 views

Tinggal lebih kurang 7 hari lagi sambutan Hari raya Aidilfitri akan dirayakan. 

Untuk hari raya tahun ini, pelakon Puteri Sarah Liyana telah membuat keputusan untuk menyambut hari raya di luar negara. 

Keputusan yang dibuat oleh Puteri Sarah Liyana itu ternyata membuatkan ibu mertuanya, iaitu ibu Syamsul Yusof, Datin Patimah berasa sayu hati. 

Datin Patimah rasa sedih mengenangkan menantunya itu akan beraya di luar negara.  

Dari laporan portal hiburan, Puteri Sarah Liyana membuat keputusan beraya di luar negara kerana ada kaitan dengan kes perpisahannya dengan Syamsul Yusof yang dijangka berakhir pada 18 April depan.   

Puteri Sarah sebelum ini pernah memberi bayangan bahawa dia bersama dua orang anaknya iaitu Syaikhul dan Sumayyah akan raya jauh dari keluarga pada tahun ini. 

Mengenangkan menantu tiada di sisi, Datin Patimah menulis nukilan hatinya menerusi satu entry di Ig story. 

Jelas Datin Patimah, hatinya memang berkecai melihat hal berkenaan.   

Selain itu, Datin Patimah juga menggelar orang yang memecah belahkan perkahwinan anaknya dengan Puteri Sarah sebagai orang yang kejam. 

“Pada Hari Raya nanti, Puteri Sarah dan anak-anak akan membawa diri mereka pergi ke luar negara. Hancur hati saya melihatnya. Kejam perbuatan mereka.”. 

Sebelum ini Datin Patimah dan suaminya Datuk Yusof Haslam banyak memberi kata-kata semangat serta sokongan kepada menantunya Puteri Sarah. 

Mengakui bersedih dengan keputusan Syamsul Yusof akan melafazkan talak pada 18 April ini kepada Puteri Sarah, Yusof Haslam dan isteri tetap berdoa dan memberi kata semangat kepada Puteri Sarah.  

“Kita manusia hanya mampu untuk rancang akan tetapi takdir Illahi merupakan segalanya.”   

“Ini merupakan jalan kehidupan yang harus kita tempuhi sungguhpun pahit dan manis terus silih berganti.” 

“Oleh itu, teruskan bersabar serta ikhlas sebagai penguat hati. Dengan izin dari Illahi, kebahagiaan akan menjelma menanti.” 

Itulah antara kata-kata dari Datin Patimah kepada Puteri Sarah Liyana.