Puteri Sarah, Bella Astillah sambut Hari Raya Aidil Adha bersama

306 views

Dua selebriti terkenal tanah air iaitu penyanyi, Bella Astillah dan pelakon, Puteri Sarah Liyana kini masing-masing bergelar ibu tunggal. 

Kisah mereka berdua sebelum ini mendapat perhatian dan juga liputan yang amat meluas di kalangan masyarakat. 

Ramai yang sering saja memberi kata-kata semangat serta sokongan yang tak berbelah bagi kepada kedua dua selebriti ini. 

Yang terbaru, Bella dan juga Sarah dilihat telah sambut hari raya bersama sama untuk sambutan Aidiladha pada tahun ini. 

Kedua dua mereka muatnaik gambar bersama ketika hari raya Aidiladha baru-baru ini. 

Puteri Sarah bersama dua orang anaknya, memakai baju berwarna dusty pink, atau merah jambu cencaluk. 

Manakala Bella Astillah pula mengenakan pakaian serba serbi putih bersama dua orang anaknya.  

Sarah telah menulis satu pesanan kepada Bella, yang baru saja berpisah dengan bekas suaminya. 

Bersama-samalah kita menikmati perjalanannya. Selamat hari raya haji.” Tulis Sarah ringkas sambil tag nama Bella. 

Ini pula yang ditulis oleh Bella. “Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga semua amalan dan pengorbanan kita akan diterima Illahi, semuanya usaha kita di dunia dan menuju ke akhirat. Amin.” 

Jom lihat gambar mereka bersama. 

Dalam pada itu, ibu dan juga adik kepada Bella turut dilihat ada bersama mereka di sambutan hari raya itu. 

Melihat ruangan komen, rata-rata wargamaya memberi kata-kata yang positif kepada dua selebriti berkenaan. 

Ini antara komen orang ramai. 

“Dua ibu independent, sambut raya bersama dengan anak-anak mereka. Mereka memang wanita yang hebat.” 

“Dua wanita yang sama semuanya, tetapi ada mentua yang beza, langit dan bumi.” 

“Cantik macam ni pun suami cari lain.” 

“Definisi lelaki tak reti hargai wanita, semoga terus kuat dan miliki bahagia selepas ini.” 

“Bengong laki yang rugi, confirm nanti menyesal.” 

“Bila lihat foto ni, tertanya tanya apa sebenarnya yang lelaki mahukan.” 

Sekadar imbasan, Puteri Sarah berpisah dengan Syamsul Yusof pada Jun 2023, makanala Bella Astillah sah berpisah kali kedua dengan Aliff Aziz pada Jun tahun 2024, baru-baru ini.