“Sedang elok tu bukan double meaning, saya tengah bincang dengan lawyer” Shuk Sahar

10,256 views

Pelawak Shuk Sahar kini terlibat dengan satu lagi kes apabila ada seorang wanita bernama Ayu Aziz mendedahkan menerima lawak double meaning dari Shuk.

Ianya terjadi ketika ditemuramah di radio station, ketika Shuk masih menjadi penyampai radio.

Antara yang didedahkan oleh Ayu Aziz ialah satu video menunjukkan Shuk sedang temubual adiknya, dan ketika adiknya memberitahu umur, Shuk berkata ianya ‘sedang elok’.

Shuk bagaimaanpun nafi ayat sedang elok itu ada maksud lain. Ini kenyataan lanjut dari Shuk menerusi laporan Mstar.

“Dakwaan wanita itu memang tak benar. Video yang saya kata ‘sedang elok’ tu saya langsung tak ada merujuk apa-apa yang double meaning. ”

“Baru umur 18 tahun, betul la tu sedang elok untuk kenal hidup, itulah maksud saya, takkan nak cakap sedang buruk pula.”

Jelas Shuk Sahar, dia sedang berbincang dengan lawyer tentang hal ini.

“Saya akan teruskan saman kepadanya. Saya akan ambil tindakan dan sekarang sedang dalam perbincangan dengan pihak peguam.”

Shuk menambah, banyak kesan yang terjadi sejak wanita itu mendedahkan hal berkenaan. Ini termasuklah perniagaannya sedikit terjejas.

“Bagi saya, dia cuba provok setelah isu temubual di rancangan Rumah 107 keluar. Saya ada hantar mesej kepada wanita itu, memang saya tak ingat dia, dan kemudian dia upload satu video yang saya tak pernah interview dia pun.”

“Hal ini bagi kesan kat saya, saya bertambah tertekan, perniagaan juga terjejas. Sampai ada orang datang beli air kata dan cakap saya ni si budak bermasalah.”

“Apa yang dia dedahkan telah membuatkan netizen tak henti-henti mengata saya, dan family, malah ada yang doa tak baik pada saya. Bagi saya tindakan dia tu dah keterlaluan.”

Shuk juga agak terkilan kerana Ayu Aziz kemudian ada mendedahkan mesej peribadi yang dihantar Shuk kepadanya.

“Saya tak mahu cakap banyak kerana saya dah DM dia untuk bincang elok-elok, dan DM saya tu pun dia guna untuk provoke lagi. Perbualan tu privacy, hanya antara saya dan dia saja.”

Satu lagi yang membuatkan Shuk kecewa ialah apabila wanita itu berkata melibatkan anak Shuk pula.

“Dia siap doa agar anak perempuan saya pula akan dipermainkan nanti. Masa tu nanti dia kata saya akan ketawa.”

Itulah kenyataan dari Shuk Sahar tentang isu melibatkan dirinya dengan Ayu Aziz. Baca pendedahan dari Ayu Aziz di sini.