Janna Nick risiko tinggi hidap barah payudara, buat ujian DNA

8,962 views

Janna Nick merupakan satu nama yang tak asing lagi dalam bidang seni tanah air, sebagai pelakon dan juga penyanyi.

Selebriti berumur 27 tahun berasal dari Sungai Petani Kedah ini ada membuat ujian saringan untuk kesihatannya baru-baru ini.

Janna Nick telah melakukan ujian kit asid deoksiribonukleik atau DNA dan mendapati dirinya ada beberapa risiko kesihatan.

Melalui satu video, Janna Nick mendedahkan, dari genetic ayng dimiliki, dirinya berdepan risiko beberapa penyakit termasuklah cancer payudara dan juga cancer colorectal.

Untuk penyakit kronik, Janna Nick juga ada risiko dapat high blood pressure, bacaan darah tinggi, kencing manis, dan boleh mendapat penyakit di bahagian buah pinggangnya.

Berkenaan alahan pula, Janna Nick disahkan ada alahan dengan makanan telur, haiwan kucing dan juga contact dermatitis.

“Itulah antara risiko dalam genetik saya, dan juga jenis alahan saya. Kini saya perlu buat ialah prevention.” Kata Janna Nick

Janna Nick melakukan ujian DNA itu untuk menggalakkan semua orang ramai sama-sama melakukan ujian yang sama menggunakan Hello DNA Test Kit, yang mana Janna Nick bertindak sebagai dutanya.

Kit berkenaan memudahkan orang ramai untuk tahu alahan apa dan risiko apa berdasarkan genetic seseorang.

Hal ini memang penting kerana dapat memberi kesedaran kepada orang ramai agar tahu kesihatan diri dan dapat buat pemeriksaan lanjut serta sentiasa menjaga kesihatan.

Memang amalan hidup yang sihat serta cara pemakanan memainkan peranan yang penting, jadi dengan tahu alahan, lebih baik dan lebih mudah untuk menghindarinya agar tiada inflammation dalam sel badan.

Apapun, kini Janna Nick memang sihat saja, cumanya ada risiko di masa depan jika tak jaga kesihatan, semoga Janna Nick akan sentiasa sihat selalu.

Kepada yang nak cuba test macam Janna Nick ni boleh lah liha di laman media sosial Janna Nick dan tengok Hello DNA test kit ini.