“Dia macam hanyut..” Neelofa buka cerita tentang Ameera Khan

4,278 views

Kisah kehilangan adik kepada Neelofa iaitu Ameera Khan atau Miss Little Khan, jadi bualan juga terutama di kalangan para peminatnya.

Menjawab persoalan dan tanda tanya dari orang ramai tentang apa yang berlaku dan di manakah Ameera Khan, akhirnya kakaknya, Neelofa tampil memberi respon.

Kata Neelofa kini adiknya itu mahu berehat seketika.

“Ameera ada cakap yang dia nak take a break for a while. Ini kerana dia ada dapat banyak tawaran fesyen dari luar negara, sebenarnya dari dalam Malaysia pun memang tak henti-henti orang nak dia, jadinya boleh kata dia macam hanyut dalam gelombang tersebut.”

“Tidak sempat dia nak bernafas dan tengok balik mana yang okay, atau yang tak okey. Dia kini pun baru dalam proses nak belajar agama, ada banyak perihal yang bercanggah, oleh itu dia ambil keputusan nak bertenang and take a step back, rehat sekejap.”

Kata Neelofa ini bukan kali pertama, dan sebagai kakak, baginya ini satu proses adiknya itu nak membesar.

“Ikutkan hal ini kan dah pernah terjadi. Sebagai kakak, saya nampak dia ni sedang membesar, dan kini dia dalam zaman yang berbeza dengan saya. Umur dia awal 20 dah dapat limelight awal lagi daripada saya. Umur belasan tahun lagi dia dah terima banyak sangat perhatian.”

“Memang tak sempat dia nak take a step back, nak tengok balik apa yang kurang dalam hidupnya, apa yang perlu dibaiki, hal seperti itulah yang buatkan dirinya nak rehat. Mahu mengenali diri.”

Jelas Neelofa lagi, persekitaran dilalui adiknya berbeza dengan zaman Neelofa dulu.

“Dia sekolah kat international school, mindset memang lain, dorang ni berbeza. Kalau saya pula, duduk asrama dengan kawan-kawan, jadi memang lain sangat.”

Kini Ameera Khan juga banyak tanya soal agama kepada Neelofa.

“Dia ada banyak tanya tentang soalan agama, macam-macam hukum pada saya. Mana yang saya tahu, saya beritahu. Kalau tak tahu, saya refer pada orang yang lebih arif.”

Itulah jawapan dari Neelofa tentang kehilangan adiknya Ameera Khan di laman Instagram yang memiliki lebih 1 juta pengikut itu.