Satu lagi isu melanda pelakon yang selalunya suka buat aksi yang kadangkala dilihat ekstrem iaitu Hairul Azreen. Kali ini pelakon ini muat satu video yang mana dia pegang kaki anak keduanya, Alisa Aisyah yang baru berusia 5 bulan dan biarkan bayi perempuan itu berdiri di tapak tangan. Aksi seperti ini sebenarnya tidak bagus untuk dibuat apatah lagi direkod dan dipamerkan dikhalayak ramai.
Video oleh Hairul Azreen itu lantas telah ditegur Angkasawan Negara iaitu Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang juga merupakan pakar perubatan bahaian tulang iaitu ortopedik.
Dr Sheikh Muszaphar menulis satu komen di bahagian video itu dan beliau telah menerangkan apa yang dibuat oleh suami kepada Hanis Zalikha itu boleh memberi kemudaratan kepada bayi berkenaan.
Jelas Dr Sheikh Muszaphar, perbuatan mendirikan anak 5 bulan seperti itu telah mengunci lutut untuk dia berdiri tegak dan ini akan sebabkan bahagian lutut bengkok sekiranya bayi itu tidak bersedia atau terlalu awal.
Ini komen Dr Sheikh Muszaphar:
Apa yang jadi bualan hangat adalah sikap Hairul Azreen yang tak boleh terima teguran dari seorang pakar perubatan. Komen Dr Sheikh Muszaphar itu telah dipadamkan.
Netizen terus melabel Hairul Azreen sebagai seorang yang sombong dan tak boleh terima teguran dan memang ramai yang pertikaikan tindakannya.
Sebelum ini juga, Hairul Azreen pernah buat aksi yang sama kepada anak sulungnya iaitu Yusuf Iskandar. Malah Hairul Azreen juga pernah buatnya kepada anak Achey.
Dalam pada itu, seorang individu mengambil langkah bertanya sendiri di Instagram Dr Sheikh Muszaphar dan berkongsi jawapan angkasawan negara itu di Twitter.
Dari komen Dr Sheikh Muszaphar, dia akui amat bimbang melihat aksi seperti itu dan tak mahu ianya terus jadi ikutan serta trend.
Malahan perkara ini turut diakui oleh satu page yang sering memebri info tentang kesihatan iaitu page Public Health Malaysia.
Semoga ibu bapa diluar sana janganlah ikut aksi yang tidak bagus seperti ini.