“Joget, gegar-gegar apa benda, memalukan” Setepek kena dengan Elly Mazlein

8,711 views

Sekarang ini, influencer atau instafamous memang ramai, dan ini termasuklah para artis dan selebriti. Dan jika dah popular atau terkenal tu, sudah tentulah mampu untuk menjana wang kan.

Antara cara nak jana wang atau pendapatan menerusi laman media sosial ialah lelalui review. Pihak pemilik produk atau mana-mana peniaga nak iklankan produk mereka, boleh contact terus dengan mana-mana influencer.

Sekiranya kedua pihak setuju, influencer akan post iklan berkenaan, dan mereka akan terima bayaran dari pihak pengiklan.

Namun tak semua iklan itu bagus, ada juga iklan yang dilihat hanya sesuai untuk golongan lebih dewasa atau berumur 18 tahun ke atas. Namun kerana duit, ada influencer yang sanggup terima job berkenaan.

Selebriti serba boleh, Elly Mazlein adalah antara mereka yang tak terima sekiranya bahan iklan yang diterima tidak menepati citarasanya.

Jika bahan berkenaan dilihat tak patut di post, penyanyi, pelakon dan pengacara ini tak akan ambil review berkenaan.

Elly Mazlein telah muatnaik satu padangannya yang mana dia meminta mereka yang mahu iklan dengannya agar berikan bahan marketing yang sesuai dan tak keterlaluan.

Ini komen dari Elly Mazlein tentang isu ini.

“Ini saya nak cakap sikit. Sakit betul hati aku ni. Siapa yang nak menjual sebarang produk, silalah jual dengan betul. Pemasaran, bahan marketing tu kena elok-elok sikit. Ini ada yang bagi video goyang-goyang dadalah, ada yang wanita bertudung tapi joget-joget sampai bergegar apa benda tu.”

Elly sememangnya geram dengan perbuatan berkenaan dan telah persoalkan dimanakah maruah sebagai seroang peniaga yang mahu cari rezeki.

“Maruah mana ye, dah tak tahu malu. Jangan bagi aku iklan seperti ini ya. Memang agak memalukan.”

Memang bagus betul Elly Mazlein ini, sekarang ni memang kena pilih mana iklan yang nak post, sebab banyak iklan yang tak sesuai. Kalau dilihat ada saja influencer, instafamous dan artis yang post iklan yang tak sesuai apatah lagi untuk mereka yang masih dibawah umur.