Siapa sebenarnya tunang Yonnyboii? Hanya sebulan bercinta? Ini kisahnya

3,858 views

Setelah satu bulan menjalinkan hubungan cinta, penyanyi sedang meningkat naik, Yonnyboii yang berumur 23 tahun, telah membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis pilihannya iaitu Nik Nazira semalam, hari Sabtu, 9 Oktober 2021.

Untuk yang tak tahu, Nik Nazira, 22 tahun, merupakan seorang influencer dan antara ambassador esport Selangor, iaitu seorang gamer.

Yonnyboii bersyukur majlis yang diadakan di rumah tunangnya itu di Shah Alam, telah berjalan dengan lancar mengikut Sop yang ditetapkan. Dari laporan, hanya lebih kurang 10 orang saja yang hadir, family dan teman rapat.

Syukur, alhamdulillah majlis tunang amat lancar. Kita buat kecil-kecil je untuk family saja.” Itulah kata Yonnyboii.

Telah kenal dalam masa setahun sebagai kawan, Yonnyboii dan Nik Nazira sebenarnya baru saja satu bulan jalinkan hubungan cinta.

“Kami kenal lebih kurang satu tahun dah namun kami baru saja bercinta dalam sebulan ni. Kami berkenalan dari video game online, kebetulan kami ada minat sama.”

“Niat saya bukan hanya bercinta tetapi nak ajak kahwin terus. Syukur alhamdulillah family kami pun merestui hubungan kami.”

Yonny berkata dia suka dengan peribadi Nik Nazira yang selalu caring tentang dirinya.

“Saya memang suka dia kerana ada ciri-ciri wanita yang saya minat. Tunang saya seorang yang caring sungguhpun dia ada sedikit clingy.”

“Malam-malam selalu tanya saya buat apa, selalu ambil tahu tentang saya, memang dia amat caring. Hati saya terbuka untuk bersama dengannya.”

Yonnyboii berkata, dari plan yang dibuat, mereka memilih tarikh 20 Januari 2022 untuk bernikah, lebih kurang dalam masa tiga bulan saja lagi.

“Majlis nikah dirancang pada 20 Januari 2022. Tentang persiapan, kini dah hampir 60 peratus dah siap.”

Yonnyboii semamangnya kurang bercerita tentang kisah peribadi dan ramai yang tahu tentang hubungannya dengan Nik Nazira.