Tahniah! Pandelela Rinong kini bergelar “Datuk”

2,811 views

Superstar sukan tanah air, yang merupakan antara ratu terjun negara, Pandelela Rinong kini telah menerima anugerah dari negeri Sarawak.

Pandelela menerima Panglima Setia Bintang Sarawak atau PSBS sekaligus membuatkan dirinya kini bergelar Datuk.

Anugerah berkenaan disampaikan pada hari ini, bersempena hari ulang tahun kelahiran yang ke85 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Sememangnya jasa dan sumbangan atlet yang baru berumur 28 tahun itu amat besar kepada negara.

Sudah tentu ramai yang tahu, antara kejayaan terbaiknya ialah berjaya merangkul pingat perak dan gangsa dalam sukan Olimpik.

Pandelela mendapat dua pingat dalam sukan Olimpik iaitu bronze dalam acara diving di London 2012, kemudian mendapat silver di Rio 2016.

Dapat dilihat ramai yang mula memberi ucapan tahniah kepda Pandelela menerusi laman Ig dan juga Twitter.

Ini caption dari Pandelela.

Antara yang memberi ucapan tahniah kepada atlet kelahiran Sarawak ini ialah Menteri Khairy Jamaluddin. Ini ucapan khas dari KJ kepada Pandelela.

“Congratulation Datuk Pandelela Rinong.”

Untuk info Pandelela Rinong antara lebih seribu orang penerima darjah kebesaran dan pingat pada hari ini, termasuklah beberapa orang menteri.

Sebelum ini Pandelela Rinong pernah menerima beberapa anugerah sempena kejayaannya dalam sukan, termasuklah anugerah Johan Bintang Kenyalang dari kerajaan negeri Sarawak, atlet pertama Sarawak terima pingat berkenaan.

Pandelela pernah mendapat pingat emas dalam sukan SEA, sukan Komenwel dan naik podium di sukan Asia dan juga kejohanan dunia.

Tahniah diucapkan buat Pandelela Rinong, semoga akan terus sukses selepas ini dalam semua acara yang disertai.

Diharapkan dengan kejayaan Pandelela Rinong ini akan memberi inspirasi kepada semua rakyat terutama anak muda untuk terus berjaya dalam bidang yang disertai, setiap impian boleh dicapai.