Kak Ogy demam seminggu selepas diarah masuk ke peti mayat

4,173 views

Pelakon, pengarah dan penerbit Fauziah Ahmad Daud atau Kak Ogy bercerita satu pengalaman yang tidak akan dia dapat lupakan, iaitu satu peristiwa dia diarah masuk ke peti mayat. Kak Ogy sampai demam selama seminggu kerana hal berkenaan.

Hal berkenaan terjadi ketika di department forensik Hospital Kuala Lumpur, dan merupakan pengalaman yang tak dapat dilupakan olehnya.

Kak Ogy bercerita dia diarah oleh Tan Sri Jins Shamsuddin, untuk masuk ke peti mayat untuk satu adegan ketika berlakon dalam satu filem, Esok Untuk Siapa.

Ini kisahnya yang disampai oleh Kak Ogy kepada portal Mstar.

“Saya diarahkan oleh Jins Shamsuddin masuk ke dalam peti mayat. Saya tak berani nak cakap tidak mahu. Sedangkan kami, baru saja nampak mayat di sana.”

“Bila dia kata masuk sekarang. Lepas tu saya dan abang Latif Ibrahim pun masuk.”

Dalam filem berkenaan, Kak Ogy memegang watak sebagai Intan manakala Latif Ibrahim pula memainkan peranan sebagai Ihsan. Dalam filem itu, mereka berdua ditemui tidak lagi bernyawa dalam tab mandi selepas berpesta.

Filem ini ditayangkan pada tahun 1982 dan pelakon utamanya ialah Jins Shamsuddin dan juga Noorkumalasari.

Kak Ogy berkata, ketika itu dia baru saja berumur 20 tahun, dan apabila diminta berada dalam peti mayat, ianya terus buat dirinya insaf.

Ketika mengimbas detik berada dalam peti itu, keadaan amat gelap dan sejuk dan dilakukan lebih kurang 30 minit.

“Ianya benar-benar timbulkan keinsafan sampai saya dan abang Latif demam. Selain sejuk dan gelap, telinga saya berdengung. Kami demam seminggu.”

Diimbas kembali, filem berkenaan berjaya merangkul anugerah Lakon Layar Terbaik oleh Jins Shamsuddin dalam anugerah Festival Filem Malaysia 1982. Begitulah hebatnya Tan Sri Jins Shamduddin.

Nama Kak Ogy pula kemudian terus dikenali ramai dan menjadi sebutan setelah berganding dengan Jamal Abdillah untuk filem Azura pada tahun 1984 dan kemudian dengan Azmil Mustapha dalam filem romantic komedi berjudul Ali Setan pada tahun 1985.