Pentas Gegar Vaganza baru saja membuka tirainya pada hari Ahad yang lepas. Sudah tentu peminat setia rancangan ini ternanti dengan persembahan artis yang bertanding.
Untuk minggu pengenalan ini, antara yang berjaya menawan hati para juri dan juga para penonton ialah Aliff Aziz dan juga Adibah Noor, yang mana masing-masing mencatat markah yang tertinggi.
Tak kurang juga ramai yang terhibur dengan persembahan dari dua pelawak tersohor iaitu Saiful Apek dan juga Yassin.
Namun berbeza dengan persembahan dari juara Masterchef Selebriti iaitu Dato Fazley Yaakob, apabila diumumkan sebagai peserta dengan markah terendah untuk episode pertama kali ini.
Rata-rata komen dari netizen turut akui hal berkenaan, yang mana ada melabel nyanyian kurang merdu dan juga sengau.
Ada juga netizen berkata Fazley Yaakob sudah tak boleh menyanyi maka adalah lebih baik fokus kepada dunia masakan saja.
Melihat komen-komen yang dilontarkan kepadanya, Fazley Yaacob tampil memberi respon. Fazley akui hal berkenaan dan memberi punca kenapa nyanyiannya sedemikian.
“Wow Gegar Vaganza is such a big stage. Rasa macam berdiri di hujung padang bola. Memang teruk betul rasa nervous habis, setelah sekian lama tak menyanyi atas pentas besar, hanya nyanyi sambil memasak di dapur.”
“Saya nak mohon maaf, persembahan yang tersangat kurang memuaskan malam tadi. Kalau ikutkan dah hampir 10 tahun tak buat persembahan pentas. Selain rasa berdebar, juga ada sedikit emosi terkenangkan anak.”
“Maafkan saya kepada semua mereka yang ada rasa hampa, terima kasih buat mereka yang faham hal ini. Syukur buat mereka yang masih sudi memberikan semangat.”
“Saya akan cuba lebih baik minggu pada minggu depan dengan lagu abang Hasnol berjudul laguku untukmu.”
Itulah respon dari Dato Fazley Yaakob yang berjanji akan perbaiki nyanyian untuk minggu depan. Kita tunggu minggu kedua Gegar Vaganza, tak sabar rasanya.