Kalau Intan Najuwa nak laki kaya, dah lama kami goyang kaki – Kakak

5,276 views

Pelakon comel Intan Najuwa dah selamat bergelar tunangan orang. Yang jadi tumpuan adalah perbezaan usia 16 tahun antara mereka, Intan baru 22 tahun manakala tunangnya kini 38 tahun.

Lelaki itu bernama Razrul Anwar Rusli, seorang usahawan dari Kedah.

Perbezaan umur yang ketara ni sekaligus mengundang kata kurang manis buat Intan Najuwa yang mengatakan dia memilih kerena lelaki berkenaan berduit.

Intan sebelum ini mengakui sikap Raz yang amat memahami buat dirinya terpesona lantas dia terbuka hati untuk menerima lamaran pemuda tersebut.

Bagi Intan Najuwa, tuning itu lain dari yang lain, ditambah sikap positif yang amana dia seorang yang baik hati, matang, supportive dan yang penting dia sangat memahami jadual kerja Intan sebagai seorang pelakon.

Namun ianya tak cukuo untuk menutup mulut mak cik bawang yang melabel Intan sebagai seorang yang memilih mesin ATM.

Lantaran itu, kakak kepada Intan Najuwa tampil memberi komen tentang hal ini.

Kakaknya, Intan Najiha telah mempersoalkan orang ramai yang sibuk nak campur urusan adiknya itu dan hanya pandai cakap ikut sedap hati sahaja.

Ini komen kakaknya itu: “Majlis tunang tersebut hanya dibuat secara tertutup utk keluarga sja dan semua diuruskan oleh keluarga pihak perempuan. Kami sekeluarga tak kaya raya mana. Kalau betul intan najuwa mahu kan laki kaya raya dan kikis duit, dah lama kami sekeluarga goyang kaki tak payah kerja tunggang langgang nk bayar apa-apa hutang semua”

“Dan jgn nak pertikaikan umur org. Siapa jodoh dia dan kenapa. Sebelum bercakap silakan berfikir dan jaga hati perasaan pasangan ini serta keluarga mereka. Kaya atau tidak itu adalah rezeki masing-masing. Dapat suami kaya itu bonus. Doakan yang baik-baik utk Intan Najuwa semoga hubungan sampai ke jinjang pelamin dn kekal”

Diimbas kembali, majlis pertunangan antara Intan dan Raz telah dibuat di Thistle Hotel, Johor Bahru pada minggu lalu.

Majlis berkenaan dihadiri rakan artis dan keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Ikut perancangan Intan Najuwa dan Raz ingin mengikat tali pertunangan selama 6 bulan. Semoga segalanya berjalan lancer.