Fuh Bak Anak Dara, Kurusnya Izreen Azminda Lepas Pantang

3,465 views

Umum dah tahu tentang baru-baru ini pelakon Izreen Azminda baru saja lepas melahirkan anak pertama bersama pasangannya yang lebih dikenali sebagai Ude Wahid. Ini merupakan anak kedua Izreen yang sebelum ada seorang anak dengan suami sebelum ini.

Dalam perkembangan terkini, Izreen Azminda telah pun berkongsi dan memuat naik gambar-gambar ala-ala Ootd selepas saja habis pantang. Ternyata pelakon jelita ini dah kurus dan masih cantik bagaikan anak dara.

Tak sangka penampilan Izreen Azminda selepas berpantang anak keduanya tubuh badannya masih kurus dan cantik, mesti ada tips yang diamalkan olehnya supaya dia mendapat badan seperti sebelum mengandung.

Bagi yang tidak tahu, Izreen Azminda dan Ude Wahid telah pun berkahwin pada 8 Ogos 2018 ketika itu dia masih lagi menjadi madu kepada wanita yang bernama Intan Liyana, sekaligus jadi isu di media tanah air.

Namun bagaimanapun, Ude Wahid telah pun berpiisah bekas isterinya itu dan kini Izreen Azminda merupakan satu-satunya isterinya.

Hasil perkahwinan Ude Wahid dan Intan Liyana, mereka berdua dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki yang bernama Arish Muqri dan juga Ariq Muqri.

Imbas kembali, Izreen Azminda baru sahaja dikurniakan cahaya mata lelaki yang diberi nama Aaron Ibrahim pada 29 Jun yang lalu. Anak lelaki kedua ini pun sangat comel dan sesuai dengan nama yang diberi.

Pelakon Izreen Azminda juga pernah bernikah dengan belas suami, Muhammad Riza pada 2012 tetapi telah becerai pada tahun 2014 serta dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Adrian Umar.

Dengan kehadiran Aaron Ibrahim, semestinya membuatkan anak pertama Izreen gembira dengan kehadiran adik barunya. Sudah bertambah ahli dan kegembiraan buat keluarga ini.

Semoga dengan kehadiran cahaya mata baharu ini akan membuatkan pasangan ini gembira selalu dengan kehidupan kini. Aminn.