Kini dah empat tahun Saharul Ridzwan dan Deena Emir melayari bahtera sebagai pasangan suami isteri. Sempena anniversary yang keempat ini Saharul Ridzwan telah buat satu surprise untuk isterinya itu.
Pelakon in telah memberi hadia sebuah kereta Honda Jazz kepada isterinya.
Deena Emir telah meluahkan rasa terkejutnya dan amat tak sangka Saharul Ridzwan beri hadiah yang amat bermakna buatnya.
“Ini satu kejutan dari suami saya. Ya tuhanku, memang terkejut betul tadi. Kalau ikutkan ulang tahun perkahwinan kami sebenarnya adalah pada tarikh 16 September namun tiba-tiba saya dapat hadiah anniversary hari ini pula.
“Mulanya meamng dia ada suruh pergi bersiap kerana katanya dia nak rekod video review. Tapi tak sangka dapat hadiah. Habis muka Deena menangis, maskara semua habis leleh, comot.
“Allah Maha Besar sayang, thanks sangat untuk cinta dan usaha yang diberikan. Saya akan sentiasa menitipkan doa buat sayang”.
Deena Emir telah berkongsi tentang surprise dari Saharul itu melalui satu entry di laman Instagram miliknya. Deena turut muatnaik gambar kereta Honda yang diterimanya.
Dalam pada itu, Saharul Ridzwan menulis rasa syukurnya kerana dikurniakan isteri seperti Deena Emir. Baginya, Deena adalah pembawa rezeki untuk family kecilnya itu.
Pelakon ini juga sempat memberi nasihat kepada suami agar kenalah baiki hubungan dalam perkahwinan antara suami suami isteri sekiranya mahu rezeki datang secara melimpah ruah dan paling penting menerima keberkatan dari Yang Maha Esa.
“Jikalau rasa sempit, jangalah risau. Cuba baiki hubungan dengan isteri dulu. Lepas itu cuba check dan cari apa yang kurang. Sebagai suami cuba gembirakan hati isteri, dengan izinya kamu akan nampak rezeki datang dari pelbagai macam bentuk.
“Belanja kepada isteri dan juga family adalah satu sedekah yang paling besar. Nafkah itu memang wajib. Tapi apa yang kita suka untuk belanja kepada diri, kita kena juga belanja dan share pada isteri”
Itulah nasihat dari Saharul Ridzwan pada semua suami di luar sana. Pasangan ini bernikah pada tahun 2016 dan ada dua orang anak.