Pelakon hebat iaitu Nabila Huda, 37 tahun, kini dah mula menggunakan aplikasi TikTok untuk mendekatkan diri dengan para peminat terutama golongan remaja.
Nabila Huda berkata dia suka guna aplikasi berkenaan kerana adanya filter yang menampakkan wajahnya kelihat lebih menarik.
Antaranya menjadi mata lebih besar dan memiliki wajah yang nampak lebih kurus.
“Sebelum saya selalu saja guna Instagram untuk buat masak-masak dan cerita tentang resipi, sekarang saya guna TikTok sebab saya boleh tukar muka, saya tak lagi gebu-gebu.”
Namun menerusi satu entry, Nabila Huda ada tunjuk satu mesej dari anak tunggalnya iaitu Keisha Laila, yang memberi satu komen yang agak jujur.
Keisha dengan selamba menulis komen bahawa penampilan serta wajah ibunya di TikTok itu adalah kelihatan lebih menakutkan, lebih takut dari wajah hantu.
“Ini lebih menakutkan dari hantu kat Sunway Lagoon.” Tulis Keisha kepada ibunya.
Melihat komen dari anaknya itu, Nabila Huda tergelak besar dan terhibur.
“Haha, kita ni punya lah cantik, boleh pula dia cakap wajah kita ni scary dari hantu sunway lagoon. Come on lah girl, minta support sikit babe. Your mummy ni sekarang ni kan dah jadi tiktokers.”
“Pada masa yang sama, mummy pun boleh lah usha dan tengok-tengok anak mummy ni.”
Itulah respon balas dari Nabila Huda kepada anaknya itu.
Di ruangan komen, ramai yang terhibur sama dan mengatakan Keisha ni seorang yang jujur dan lucu.
Rakan artis Datuk Fizz Fairuz pun ada komen agar Keisha janganlah terlalu jujur.
“Haha Keisha, janganlah terlalu jujur sangat.”
Ada pula komen lain mengatakan kalau ini wajah hantu, memanglah cantik.
“Ini jenis hantu yang cantik ni.” Antara komen netizen.
Keisha Laila,12 tahun merupakan satu satunya anak Nabila Huda, hasil perkahwinan dengan bekas suami pertama bernama Zaidi Zailani.