Kami sekeluarga terhutang nyawa dengan Siti Nurhaliza

9,386 views

Telah tular satu kisah melibatkan penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, 44 tahun. 

Seorang individu bernama Adiey Salleh telah mendedah kisah bagaimana penyanyi wanita berkenaan telah menabur bakti kepadanya sekeluarga. 

Adiey mengatakan dia sekeluarga benar-benar telah berhutang nyawa dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mesra disapa Tok Ti itu. 

KISAH YANG RAMAI TAK TAHU, 11 TAHUN LALU 

Hal ini terjadi pada 11 tahun yang lepas, sekitar tahun 2012. 

Adiey menceritakan dia pernah melalui detik sukar yang mana anaknya penghidap penyakit jantung berlubang. 

Anaknya memerlukan rawatan dan perlu dibedah di Institut Jantung Negara atau IJN. 

Kerana itu, Adiey dan isteri memilih jalan untuk mengeluarkan simpanan di KWSP sebagai langkah terakhir.  

“Kisah ini berlaku di IJN di tarikh 20 Jun 2012, anak saya harus jalani pembedahan untuk jantung berlubang.”  

“Saya dan isteri berada di bilik tafsiran hospital dan kami tiada pilihan lain, kami mahu mengeluarkan KWSP masa itu.” 

SYARIKAT SITI NURHALIZA MEMBANTU  

Semasa di uji itu, Siti Nurhaliza melalui syarikatnya iaitu Simply Siti telah hadir membantu, untuk menampung kos pembedahan berkenaan. 

“Secara tiba-tiba wakil dari Simply Siti datang dan terus memberi tawaran untuk dari segi bantuan kewangan untuk kos pembedahan tersebut.” 

KAMI TERHUTANG NYAWA DENGAN SITI NURHALIZA  

Bantuan yang hadir itu membuatkan rasa syukur yang lahir dari hati seornag bapa. 

Adiey mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyanyi berkenaan.  

“Kami sekeluarga terhutang nyawa dan budi dengan Siti Nurhaliza. Perkara ini benar terjadi. Berderai air mata jantan saya ketika itu. Terima kasih Siti.”  

“Saya akan sentiasa mengenangnya sepanjang hayat dan hanya Allah saja yang mampu membalasnya. Saya doakan hidup Siti terus diberkati.” 

ANAK SUDAH TIADA 

Selepas pembedahan, anaknya itu sempat merasai dunia ini sebagai anak kecil selama 3 bulan saja, akhirnya ajal menjemput. 

Sungguhpun anaknya sudah tiada, Adiey amat bersyukur sempat memberi dan menerima kasih dengan anaknya itu. 

“Anak saya pun sudah tiada lagi, dah pergi buat selamanya. Sempatlah dia berlari dan beraya bersama kami. Tiga bulan dia hidup bersama kami.” 

Ini komen dari Adiey Salleh di laman medianya.

Begitulah antara jasa dari Datuk Seri Siti Nurhaliza yang ramai tak tahu yang didedahkan oleh seorang bapa bernama Adiey Salleh, terima kasih Tok Ti.