Kanak-kanak 7 tahun, gembira bertemu kembali bapa kandungnya “Ibunya melarikan anak itu”

14,026 views

Sekarang tengah panas tentang kes kanak-kanak 7 tahun yang habis badannya berbirat dek dikerjakan dua wanita, ibu kandung dan temannya. 

Kes ini menjadi tular setelah jiran mereka menyerbu rumah berkenaan dan kemudian membuat report setelah mendapati teruk badan budak berkenaan. 

Kini polis dah pun menahan kedua dua wanita berkenaan dan anak kecil itu sedang mendapatkan rawatan di hospital. 

Yang paling terbaru tentang keadaan kanak-kanak berkenaan, dikatakan sudah pun stabil setelah menerima rawatan. 

Malahan, kanak-kanak tersebut amat gembira setelah bapa kandungnya datang dan bertemu dirinya. 

Bapa kandungnya yang bernama Amirul Haizad ada muatnaik pertemuannya dengan anaknya itu.  

Katanya dia tak pernah pun naik tangan terhadap anaknya itu. 

“Syukur sangat dah jumpa balik harta dunia akhirat aku. Anak yang tak pernah aku naik tangan kat depa. Selama ni aku diam saja.” 

Tentang di mana keberadaannya sebelum ini, Amirul Haizad menyatakan bekas isterinya dah melarikan anaknya itu sejak dari tahun 2022 lagi.   

“Saya bukanlah baru muncul. Saya dah cari anak ni selama setahun lebih, bekas isteri saya bawa lari dia dari saya. Dia pun dah block saya, dia bawa lari sejak dari 5 September 2022.” 

Bapa kandungnya itu datang ke Johor Bahru dari Kedah untuk melwat anaknya itu yang berada di Hospital Sultan Ismail, wad pediatric.  

Bersamanya turut datang ialah seorang pakcik dan juga datuk kepada anak kecil itu, dan mereka membawa hadiah kepadanya. 

Pengerusi kepada Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Khairin-Nisa Ismail memberitahu kanak-kanak itu akan dirawat terlebih dulu sebelum diserahkan kepada waris yang layak dan sesuai.  

Sementara itu, ibu kanak-kanak terbabit direman selama 6 hari hari manakal temannya, seorang wanita berwatak seperti lelaki ditahan reman selama 7 hari.