Kandungan keguguran, Diana Rafar pun baru tahu sedang hamil

1,845 views

Diana Rafar hanya mampu reda kerana kandungannya yang baru masuk dua bulan terpaksa digugurkan. Procedure terpaksa dibuat kerana tekanan darah Diana Rafar menjadi terlalu rendah.

Penyanyi dan pelakon berumur 39 tahun ini sebenarnya baru tahu dirinya sedang hamil pada minggu lalu. Ketika itu, Diana alami pendarahan secara tiba-tiba, dan ketika itu barulah disahkan sedang hamil.

“Sebenarnya saya pun tidak tahu pun sedang hamil. Minggu lepas baru tahu, sebabnya masa tu saya kena pendarahan dan doktor sahkan saya hamil dua bulan.”

“Tak lama lepas tu, blood pressure jadi low, sampai bawah 70. Sampai saya rasa sampai nak pitam. Akhirnya doktor kata kena cuci kandungan. Baby dalam kandungan pun tak berapa nak elok.”

Jelasnya lagi, sungguhpun terkilan, dia dan suami iaitu pelakon Zamarul Hisham hanya mampu redha dengan jetentuan yang ditentukan Illahi.”

“Allah adalah perancang yang terbaik. Ianya ada hikmah. Dalam pada tu, anak ketiga saya juga masih belum masuk umur satu tahun.”

“Ditambah dengan pandemic ni, saya tak sure adakah mampu untuk hamil ketika ini.”

Diana berkata dia amat takut kerana terpaksa ditidurkan dengan bisu untuk melakukan procedure mencuci kandungannya.

“Amat takut bila kena ditidurkan. Ini kali pertama. Suami, Zamarul pun tak boleh teman sebab peraturan hospital sekarang ni. Dia hanya boleh buat video call. Syukur semua jalan lancar.”

Diana Rafar berkata dia terima banyak mesej yang mendoakannya dan juga memberi sokongan kepadanya.

“Terima kasih kepada semua. Saya tak tahu nak balas semua mesej dari semua. Ramai doakan saya cepat sembuh.”

Diana Rafar berkahwin dengan Zamarul Hisham pada tahun 2009 dan mereka telah mempunyai tiga orang anak.