Daiyan Trisha baru putus cinta sebulan yang lalu

4,032 views

Daiyan Trisha, 28 tahun, akui dirinya baru saja mengalami putus cinta dengan kekasihnya sekitar satu bulan setengah yang lepas. Luahan hatinya dicurahkan melalui penulisan lagu baru berjudul Penat.

Penyanyi dan pelakon ini memberitahu, melalui fasa sedih akibat putus cinta ketika adanya perintah kawalan pergerakkan sememangna mencabar emosi dan juga mental.

Semasa saya buat dan tulis lagu ini saya baru putus cinta. Emosi dan mental saya tak berapa nak stabil apatah lagi adanya pandemik.

Perasaannya lebih dalam dan sakit. Siapa bekas kekasih tu biarlah rahsia sebab dia bukannya seorang selebriti, dia hanya orang biasa.

Katanya, dia ambil masa yang singkat untuk cipta lagu ini namun memang sukar kerana membuatkan dirinya menangis.

Lagu Penat ini satu ilham yang agak sukar. Walaupun saya ambil masa dalam satu jam, namun banyak kali saya stop sebab menangis.

Sedih, kecewa dan patah hati, semua perasaan itu memang membuak-buak, emosinya semua terkeluar.

Jelas Daiyan lagi, lagu Penat ini bukannya sesuai untuk mereka tidak berjaya dalam hubungan percintaan sebaliknya, sesuai juga dengan semua keadaan terutama ketika pandemic ini.

Saya tulis lagu ini bukan sebab baru putus cinta. Lagu ini juga melibatkan banyak keadaan. Sekarang ni kita semua tak dapat nak keluar dan jumpa kawan-kawan, dan tenaga kita hanya dapat rasa melalui sosial media saja. Kita penat dengan segalanya.

Tambah Daiyan, selepas putus cinta, memang ramai peminat yang ada menyatakan bahawa dirinya amat seusai dengan rakan gandingannya dalam drama iaitu Aedy Ashraf. Namun Daiyan hanya anggap Aedy sebagai kawan dan tambahnya ketika ini dia masih belum mahu jalinkan sebarang hubungan.

Saya rasa ianya sesuatu yang lucu. Saya dan Aedy Ashraf merupakan rakan yang baik. Saya memang nampak komen netizen kata tentang kami, tapi saya tak sedia untuk ada sebarang hubungan.