Kat rumah, Nabil yang basuh pinggan, mengemas, buang sampah – Ayda Jebat

3,309 views

Pada tahun 2021 ini, antara pasangan yang baru mendirikan rumah tangga ialah pasangan selebriti pelakon Ayda Jebat dan pengacara Nabil Mahir.

Dah masuk lebih tiga bulan berkahwin, mereka dilihat amat bahagia sekali. Dalam masa perkahwinan yang singkat ini memang banyak kali kisah mereka masuk portal hiburan, sebabnya pasangan ini suka bercerita pengalaman mereka setelah bergelar suami isteri.

Antara kisah Nabil suka pakai baju koyak, kisah gemar sangat hidu bau ketiak dan juga kisah tentang kononnya Ayda Jebat dah hamil.

Kali ini satu lagi pendedahan di buat oleh Ayda Jebat menerusi satu posting di laman IG miliknya.

Jelas Ayda Jebat, sepanjang berkahwin ni, suaminya yang buat kerja rumah dan tak memberi kebenaran kepadanya untuk melakukannya.

Ini tulis Ayda Jebat: “Muka dia berbulu, tetapi tangan dia alahai lemah gemalai. Awak ni memang sangat comel la my love, Nabil Mahir.”

Kita berdua ada persamaan tapi sebenarnya banyak juga perbezaan. Contohnya, dia berhati umpama wanita, lembut, sopan dan buat semua kerja isteri. Kerja macam membasuh pinggan, mengemas rumah, pergi buang sampah, memasak dan banyak lagi.”

Saya ni eh bukanlah saya tak mahu buat semua tu, namun dia yang tak bagi. Haha. Apapun saya beruntung dapat awak. Love you.”

Melihat di ruang komen, Nabil Mahir ada menulis reply kepada Ayda Jebat. Ini pula respon dari Nabil: “Kalau dalam Islam kan, itu semua sebenarnya pun kerja suami juga. Sayang awak si cantik.”

Para follower dilihat memuji tindakan Nabil Mahir yang amat ringan tulang untuk buat kerja rumah, mereka mengatakan Ayda Jebat beruntung dapat suami seperti Nabil. Ada juga yang memuji kecomelan kedua pengantin baru ini.

Ayda Jebat dan Nabil Mahir bernikah pada tarikh 1 Januari 2021 selepas bertunang pada bulan April 2020.