“Kau ni tak tahu malu ke, mengadu bosan sebab main game saja” Pendedahan isteri Afiq Muiz

6,289 views

Hubungan pasangan suami isteri Afiq Muiz dan Pachara Apin bagaikan telur di hujung tanduk ketika ini. 

Pachara Apin sebelum ini mendakwa pernah dicederakan oleh Afiq Muiz manakala Afiq pula mendakwa Pachara Apin menjalinkan hubungan dengan lelaki lain serta tidak mengamalkan ajaran agama dengan baik. 

Pergolakkan antara mereka kini masuk ke fasa baru apabila Pachara Apin telah menfailkan tuntutan fasakh dari Afiq Muiz. 

Yang terbaru, Pachara Apin telah tampil membuat satu pendedahan tentang sikap suaminya itu. 

Antara pendedahan yang dibuat ialah Afiq Muiz dikatakan tidak bekerja dan hanya bermain game saja di rumah. 

Pachara berkata dia yang keluar kerja dan kemudian terpaksa menampung kehidupannya dan juga suaminya itu. 

“Apa yang kau buat sekarang ni, mengapa tak berikan kerjasama untuk melepaskan saya saja.” 

“Takkanlah kau ni masih nak saya kerja dan kena bagi kau makan lepas itu kau memukul aku lagi setiap dari Jumaat dan Sabtu.”  

“Hari Ahad kau beri aku rehat kerana hari Isnin kau nak aku kerja untuk sara kau kan? Isnin hantar aku pergi kerja itu pun kalau ada mood. Balik dari kerja kau mula mengadu sakit-sakit badan kerana asyik main game.” 

“Kau ni siap naik angin kat aku cakap kau bosan duduk rumah main game saja. Kau ni tak reti malu ke.” 

Ini luahan dari Pachara Apin tentang Afiq Muiz yang dimuatnaik semalam.  

Dalam pada itu, Pachara Apin berpendapat bahawa Afiq Muiz sengaja tidak melepaskannya untuk menganiaya dirinya.  

“Ini adalah hak saya untuk buat tuntutan fasakh, patut dari dulu lagi saya dah buat. Orang lain yang tak pernah alami tak akan faham.” 

“Sengaja untuk gantung tak bertali akan faham keadaan fizikal dan mental saya.” 

 Afiq Muiz dan Pachara Apin telah berkahwin pada tahun 2019 dan tidak dikurniakan anak.