“Masa makan, saya berbual dengan Ira tentang dugaan yang kami tempuhi bersama” Syamsul

9,826 views

Syamsul Yusof breanggapan bahawa kemelut rumah tangga yang sedang dialami ketika ini merupakan satu ujian untuk dirinya serta keluarganya agar lebih dekat dengan Yang Maha Esa. 

Walau pelbagai kenyataan yang timbul, sehingga kini, emosi dirinya dan juga isteri kedua iaitu Ira Kazar dalam keadaan terkawal. 

Jelasnya, dia kini meningkatkan amalan serta perbanyakkan bersolat. 

Syamsul Yusof juga menekankan bahawa kedua dua isterinya merupakan sumber kekuatan buat dirinya.  

“Baik Sarah mahu pun Ira, kedua-duanya merupakan kekuatan untuk diri saya. Ini antara salah satu fasa ujian dalam hidup saya. Apa yang orang luar cakap, seburuk mana pun, kita kenalah terus kuatkan diri.”  

“Memang saya ada bersembang tentang kemelut yang berlaku ini dengan Ira. Sudah tentu ada, kami kan suami isteri. Semasa sedang makan, kami ada berbual tentang dugaan yang perlu kami lalui bersama.” 

“Syukur sekarang ni, semuanya masih terkawal. Kena banyakkan solat dan kuatkan semangat. Ujian dari Illahi.” 

Syamsul juga berkata isteri keduanya itu merupakan seorang yang mendengar kata. 

Tentang dakwaan sering datang ke lokasi penggambaran serta buat akaun untuk ganggu keluarganya, Syamsul menafikan itu benar berlaku. 

“Saya minta maaf, isteri kedua saya ni memang dengar kata saya. Dia tak pernah keluar apa-apa kenyataan pun. Jika ada pun memang sikit.” 

“Tentang dakwaan kononnya Ira ada akaun media lain, sejauh mana betulnya atau kebenarannya itu,”  

“Sukar nak buktikannya. Ada yang kata ibu saya, ayah saya diganggu. Sekali lagi anda yakin isteri kedua saya tu yang lakukannya?”  

“Bukanlah saya ni hanya nak back up Ira, akan tetapi sejauh mana kebenaran hal berkenaan.” 

Itulah sedikit kenyataan dari Syamsul Yusof kepada portal Utusan, tentang beberapa isu melibatkan isteri keduanya iaitu Ira Kazar.