Syafiq Yusof dan isteri selamat timang anak ketiga, tahniah!

2,420 views

Anak kepada Datuk Yusof haslam dan Datin Patimah Ismail iaitu pengarah Syafiq Yusof selamat menimang anak ketiga mereka hari ini. 

Isteri kepada Syafiq Yusof iaitu Aeisyah Zainal telah pun disahkan selamat melahirkan anak ketiga, seorang baby boy, sekitar jam 8 pagi tadi di sebuah pusat perubatan. 

Berita ini disahkan sendiri oleh Syafiq Yusof menerusi satu hantaran di media sosial milknya. 

Syafiq, 31 tahun, turut muatnaik beberapa foto baby barunya itu dan telah mengumumkan nama yang diberi iaitu Muhamad Nu’Aiman. 

“Syukur alhamdulillah, syukur pada mu Tuhan sekelian alam. Anak ketiga saya, seorang lelaki pertama. Muhamad Nu’Aiman bin Muhamad Syafiq namanya.” 

Di ruangan komen, ibunya iaitu Datin Patimah dilihat telah mnulis komen menulis ucapan tahniah buat anaknya itu. 

“Syukur sangat, alhamdulillah. Ini merupakan cucu ke lapan dalam keluarga Haslam.” Tulisnya. 

Rata-rata rakan artis dilihat turut hadir menulis ucapan tahniah kepada Syafiq Yusof. Antaranya ialah Johan Raja Lawak dan isteri, Puteri Aishah, Datuk Rosyam Nor, Pekin, dan ramai lagi. 

Sementara itu, isteri kepada Syafiq Yusof iaitu Aeisyah Zainal turut muatnaik gambar anak barunya itu dan menulis caption bersyukur di atas kelahiran baby yang diberi nama Nu’Aiman itu. 

“Baby Nu’Aiman lahir pada 8 Februari, jam 8 pagi, dan merupakan cucu ke 8 buat mama Patimah (Ibu Syafiq).” 

“Ini juga merupakan cucu lelaki pertama buat ummi saya (ibu kandung Aeisyah”. 

“Baby ni lahir dengan beratnya 4kg, dan nama dipilih mengikut nama sahabat nabi, yang sering membuat nabi senang hatinya.” 

“Semoga Nu’Aiman juga akan buat hati ibu bapanya senang, juga buat orang sekelilingnya.” 

Anak ketiga ini merupakan anak lelaki pertama buat Syafiq Yusof dan Aeisyah, sebelum ini mereka berdua mempunyai dua orang anak perempuan yang sudah berumur 7 tahun dan juga 5 tahun.