Rasmi: Mawar Rashid, Raf Yaakob umum perpisahan

15,990 views

Pelakon Mawar Rashid dan suaminya Raf Yaacob akhirnya membuat satu kenyataan rasmi bersama pada hari ini.

Melalui laman media masing-masing, Raf dan juga Mawar mengesahkan mereka berdua telah pun berpisah.

Katanya, mereka berdua telah bersetuju untuk berpisah dan ianya berlaku dalam keadaan baik saja.

Apa yang penting ketika ini ialah mereka akan bersama sama berusaha untuk menjadi ibu bapa kepada anak-anak mereka.

“Kami berdua dah setuju secara bersama untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman lagi di antara kami.”

“Fokus kami pada masa kini ialah untuk memberikan sokongan dan kasih sayang kepada anak-anak kami.”

“Kejayaan sebagai menjadi ibu bapa secara bersama amat penting, dan itu yang kami akan usahakan.”

Kata pasangan ini lagi, mereka berdua pun menyesal akan keputusan ini, namun mengakui ini merupakan yang terbaik buat kedua duanya.

Ini kenyataan dari Mawar.

Ini pula kenyataan dari Raf Yaakob.

Kedua mereka mengucapkan terima kasih di atas doa semua pihak dan meminta tiada yang memberi sebarang spekulasi lebih lanjut.

Mawar dan Raf Yaakob berkata lagi, ini merupakan satu-satunya kenyataan yang akan mereka berikan tentang status rumah tangga mereka.

Semoga yang baik-baik saja buat Mawar Rashid dan juga Raf Yaakob, semoga segala urusan dipermudahkan.