Polis sahkan Syazlin Zainal jatuh dari tingkat 22 “Kejadian berlaku jam 12.50 tengahari”

9,151 views

Semua dah tahu bahawa ada seorang pelakon sedang meningkat naik namanya iaitu Syzalin Zainal telah disahkan pergi buat selamanya pada hari semalam. 

Syazlin Zainal, merupakan seorang pelakon dalam beberapa drama bersiri dan juga merupakan seornag influencer. 

Pelakon ini telah pun menghembuskan nafas terakhirnya semalam di usia baru mencecah 26 tahun. 

Dalam satu laporan dari portal Harian Metro, pihak ppolis telah mengesahkan bahawa Syazlin meninggal dunia akibat terjatuh dari kediamannya. 

Syazlin ditemui selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di kawasan Taman Iskandar di Johor. 

Laporan berkenaan menyebut bahawa Syazlin terjatuh dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 12.50 tengah hari.   

Hal ini disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, iaitu Asisten Komisioner Raub Selamat. 

Jelas polis,satu panggilan kecemasan telah diterima dari orang awam yang memberitahu ada menemui seorang wanita terjatuh di pangsapuri berkenaan. 

Ini kenyataan dari Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan. 

“Hasil daripada siasatan pihak polis, telah didapati ada wanita berkenaan yang merupakan seorang warga tempatan berumur 26 tahun dan merupakan seorang pelakon sambilan.” 

“Melalui siasatan awal, telah didapati punca kematiannya adalah disebabkan terjatuh dari tingkat 22 pangsapuri dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru.” 

Polis juga mengatakan, buat masa sekarang ini, didapati tak ada sebarang unsur jenayah dan kes ini telah pun diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 

Dalam pada itu, polis juga meminta jika ada ornag ramai yang menjadi saksi kepada insiden berkenaan agar tampil memberikan info lanjut untuk siasatan.  

Polis juga menambah satu proses bedah siasat telah dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik HSA, Johor Bahru. 

Jenazah Syazlin Zainal akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kassim Noor, Kampung Sungai Danga di Johor selepas siasatan dijalankan.