Pada pukul 9 malam hari Jumaat 22 Julai 2022, penyanyi Wany Hasrita selamat bergelar isteri kepada Al Adib Fahmi.
Pasangan yang kedua duanya berumur 29 tahun itu selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri di Glam Hall, Damansara Perdana.
Wany Hasrita telah menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian namun wang hantaran dirahsiakan.
Ditanya tentang perkenalan dengan suaminya, Wany Hasrita mengakui dah berkawan dengan Al Adib Fahmi selama 12 tahun lamanya.
“Kalau ikutkan, saya kenal Adib sejak tahun 2010. Berkelanan melalui kawan baik saya yang juga sepupunya. Masa tu saya belum jadi penyanyi.”
“Tetapi sekitar tahun 2019 baru kami jadi rapat. Masa tu kami banyak berhubung melalui laman Instagra.”
“Ada dia buat lawak jenaka tentang kartun Thomas and friends. Saya pun sampai melayannya. Sejak itu, kami terus jadi rapat dan saling faham memahi dalam banyak hal.”
Kini pasangan ini dah pun selamat bernikah dan Wany amat bersyukur majlis berjalan lancar.
“Syukur majlis pernikahan saya dan suami berjalan lancar dan dipermudahkan Illahi.”
“Ini fasa baru untuk saya dan suami. Perjalanan masih lagi panjang dan saya tahu tanggungjawab sebagai isteri dan dalam masa sama masih bergelar anak seni. Saya cuba berikan yang terbaik. tetapi lepas ini family menjadi keutamaan saya.”
Ditanya tentang percintaan yang ramai tak tahu, Wany Hasrita bercerita dia dan Al Adib dah bertunang pada bulan Febrari lepas.
“Dari awal, kami tak ada terfikir nak declare bagai, tetapi memang ada nak berkahwin. Lepas rasa kami memang ngam, kemudiannya kami buat keputusan bertunang pada 26 Februari lepas di sebuah hotel di Sepang dan hanya dihadiri family dan rakan rapat saja.”
“Saya bukan nak merahsiakan tetapi selagi belum ada ketetapan tentang sesuatu hubungan, tak perlu nak dihebahkan.”
“Biar semuanya dah sah, kini barulah saya boleh bercerita. Lagipun suami ni tak berapa suka menonjolkan diri, termasuklah di laman media sosial. Maka saya menjaga privasi itu dan hormatinya.”
Tentang menjadi suami kepada selebriti, Wany memberitahu Al Adib tak tahu sangat tentang dunia hiburan namun faham kerjayanya.
“Dia memang bukan jenis main media soail. Dia tak ambil tahu sangat. Lagu saya pun ada yang dia tak tahu. Dia seorang yang tak minat dalam industri hiburan.”
“Apapun terima saya seadanya dan amat baik. Dia faham kerjaya saya dan tak kacau pun. Dia ada berpesan apa yang perlu dijaga dan dia percaya sepenuhnya pada saya.”
Suami Wany Hasrita ini berkerja dalam bidang penerbangan di Kuching Sarawak, dan mereka memang jalani hubungan jarak jauh.
“Kami okay dengan hubungan jarak jauh. Hubungan ini tak ada isu pun. Nak kata keluar bersama, memang jarang sekali. Dalam tiga tahun ini, boleh kira tak lebih 10 kali.”
Itulah sedikit komen dari Wany Hasrita tentang suaminya Al Adib Fahmi yang berasal dari Sarawak.