Penyanyi terkenal tanah air, Wany Hasrita selamat diijabkabulkan dengan pasangannya bernama Al Adib Fahmi pada malam tadi, bersamaan 22 Julai 2022, hari Jumaat.
Melalui satu pengumuman di laman IG, Wani Hasrita sendiri muatnaik dan memaklumkan hal berkenaan kepada umum.
Ini kenyataan dari Wani Hasrita tentang pernikahannya dengan Al Adib Fahmi.
“Assalamulaikum serta salam sejahtera. Syukur alhamdulillah, beryukur kepada Illahi, tuhan yang Maha Merancang setiap sesuatu di muka bumi ini.”
“Wany Hasrita dengan rasa rendah diri dan hati, ingin memohon doa dari kalian semua untuk Wany menempuhi hidup ini difasa yang baru.”
“InsyaAllah, pada malam ini Wany akan bernikah, oleh itu dikesempatan yang ada ini, Wany memohon maaf sekiranya Wany ada menyakiti hati, terlanjur kata-kata ataupun pernah mengecilkan hati anda semua. Maafkan kami, serta terus doakan buat kami. Terima kasih.”
Wany Hasrita telah muatnaik foto kad jemputan pernikahan dan turut menggunakan tanda pagar atau hashtag Adibwany untuk pernikahannya ini.
Dari laporan awal, khabarnya Wany Hasrita dan Al Adib Fahmi akan nikah pada malam ini dan majlis akan berlangsung pada hari Ahad nanti.
Eyra Hazali menulis: “Masyaallah alhamdulillah! Congratulations Wany.”
Uyaina Arshad memberi ucapannya: “Alhamdullilah. See you Wany! Semoga di permudah urusan.”
Zulin Aziz: “Congrats darling.”
Shahilaamzah pula menulis: “Semoga yang terindah dan sentiasa bahagia untuk Wany Hasrita dan pasangan. Al Adib.”
Ada juga ucapan dari rakan artis lain seperti Nabila Razali, Indah Ruhila, Heliza Helmi, dan ramai lagilah.
Tahniah buat Wany hasrita dan suaminya Al Adib Fahmi.
Mungkin ramai yang tertanya siapakah gerangan suami Wany Hasrita ini kan, siapa nak tahu lebih lanjut tentang Al Adib Fahmi ini, tunggu ye.